24.3.07

Tak kekok

Makan-tidur-makan-tidur.

Balik umah mak mentua inilah aktiviti utama. Naik segan dibuatnya. Tapi, aku cukup suka kalau balik ke sana. Dapat merasa makanan yang segar-segar belaka. Tak seperti di bandar. Kau bayangkan ini dan telan air liur sendiri.
1. Ayam panggang atau ikan keli bakar di cicah air asam dimakan bersama nasi putih yang hangat;
3. Ikan patin masak gulai tempoyak;
4. Sambal belacan dengan ulaman daun pegaga, ulam raja, petai atau jering;
5. Buah jambu madu jika kena pada musimnya;
6. Buah kundang jika kena pada musimnya;

"Makanlah apa yang ada, jangan malu! Kalau malu lapar" inilah cogankata yang selalu keluar dari mulut pak mentua dan mak mentua. Cogankata ini lama-lama membuatkan aku tidak kekok bersama mereka. Ya, tidak kekok. Namun kadangkala aku terpaksa pandang ke lain apabila ahli keluarga mereka berkemban apabila selesai saja mandi. Berjalan dari bilik mandi ke bilik tidur.

Oh ya, selain makan-tidur sebenarnya ada juga pengisian aktiviti yang lain yang aku lakukan seperti mandi kolah, borak-borak, minum kopi, hisap rokok gulung dan sebagainya. Aduh! Tenangnya duduk di sini. Malam hari kedengaran bunyi cengkerik dan serangga lain mengalunkan muzik.

No comments: