Hajat di hati mahu ke rumah PENA. Turut serta dalam wacana filem pendek Tok Rimau : KIRI. Acara diadakan pada 10 Mac 2003 Jam 2.00 petang. Tapi sedihnya, pada hari tersebut, aku terpaksa menyiapkan beberapa kerja sebelum aku dikerahkan bertolak ke Kuala Terengganu pada jam 5.30 pagi. Kunjungan ke Kuala Terengganu bukannya makan angin atau berfoya-foya tapi untuk membincangkan urusan projek kajian yang bakal dimulakan dalam temph tiga bulan saja. Kami tak masuk tender pun. Terus langsung jumpa pengarah kerana pengarah percaya pada syarikat kami. Direct nego. Ini semua untuk kelangsungan hidup sebuah syarikat yang kecil. Jika tidak, mana nak cekup duit gaji ooooiii!
Namun, ada cerita lucu yang aku nak kongsi di sini. Cerita lucu kami di terminal LCCT, KLIA. Masa penerbangan kami ditakdirkan jam 0635 pagi. Kami dah terpacul di terminal seawal jam 0530 pagi. Sempat juga kami solat Subuh di surau yang disediakan. Setelah selesai solat Subuh, aku terus ke pintu gate P2 kerana tertulis di tiket yang kami beli gate P2. Aku duduk di situ sambil menunggu bos yang tak kunjung tiba. Jam dah menunjukkan kul 6.20 pagi.
"Mana bos ni..." dalam hati aku.
Sesekali aku jengukkan kepala untuk melihat kelibatnya kalau-kalau ada di kawasan sekitar. Nak aku telefon dia, kredit tak ada pulak. Jam 6.25 pagi, bos tak muncul lagi. Lalu aku susul semula ke surau takut-takut bos tertidur di surau atau takut-takut bos ada di dalam tandas sedang menghisap rokok. Tapi, bos aku tak hisap rokok. Dia baik. Sedang dalam perjalanan ke surau aku nampak kelibat bos menuju ke pintu P12.
"Nak ke mana pulak bos ni" Dalam hati aku.
Mata bos melilau-lilau mencari aku barangkali. Sedang aku ada di belakangnya. Lalu aku menegurnya. Oi bos! takkanlah aku cakap gitu.
"Mana kita?" Aku tanya
"Pintu hujung tu P12" Bos jawab lalu berjalan menonong.
"Bukan pintu P2 ke bos?" Aku sangsi.
"Eh, bukan." Bos jawab. Aku malas pula nak bantah. Ikut saja. Sebab selalunya kalau aku bantah bos tetap dengan keputusan dan pendirian dia. Ikut sajalah, dalam hati aku. Mata aku pun dah mengantuk dah ni.
Bos beratur, aku beratur. Tiba di kaunter semakan sebelum masuk ke pintu penerbangan. Orang yang tukangsemak tiket tu kata begini, "Maaf encik, ni penerbangan ke Sandakan. Sila duduk dulu."
Bos duduk, aku pun duduk. Jam dah menunjukkan pukul 6.40 pagi. Aku duduk sambil menunggu dan terlelap sekejap kerana pagi tadi bergegas seawal jam 5.00 pagi.
"Bangun bangun.." Bos kejut aku.
Aku buka mata bos ajak beredar.
"Tengok tiket kau?" Bos tanya.
Aku bagi, bos tengok. Diam.
"P2. Aku salah tengoklah, aku ingatakan P12." Bos kata.
"Pap! Kan saya dah tanya bos tadi." Aku kata.
Sudahnya, flight ke Kuala Terengganu meninggalkan kami. Duit bos pun hangus. Aduh! Aku cuma sempat melihat dalam sayup-sayup di balik cermin boeng 737 membuat penerbangan ke Kuala Terengganu meninggalkan kami. Dalam keadaan samar-samar itu aku membayangkan ada penumpang yang melambai-lambai kepada kami. Seolah-olah mentertawakan kami dan mengejek kami. Bayangan aku cuma.
Kemudian bos bergegas mengajak aku naik flight MAS di terminal KLIA. Katanya, flight Air Asia pramugarinya tak cantik. Aku diam dan hanya tersenyum. Nasib baik ada tiket jam 8.40 pagi, kami pun beli tiket dan terus ke Balai Menunggu, takut-takut flight MAS pula meninggalkan kami. Atau kami memang sengaja untuk ditinggalkan oleh kapten kapal terbang bersama anak kapal dan kru kabinnya serta pramugari yang badannya seperti tabung haji tu.
2 comments:
hehehe nasib baik ada mas kan kan kan
MAS selamat lagi, jangan Garuda...he he he
Post a Comment