21.3.07

Oh Kuala Lumpur

Sumber gambar : Utusan

Pada dasarnya aku bersetuju Kuala Lumpur menyekat kenderaan persendirian memasuki pusat bandar. Idea itu bagus. Memang bernas. Jika tidak, kereta akan bertambah sudahnya pada tahun 2020 Kuala Lumpur akan tepu dan sesak. Tapi, setuju aku ada syaratnya. Iaitu tingkatkan dulu sistem pengangkutan awam di kawasan Kuala Lumpur khususnya. Peningkatan sistem pengakutan awam ini termasuklah kadar tambang yang rendah, mesra pengguna, mesra OKU, efisien dan sebagainya. Fikirkanlah dan kajilah secara terperinci sebelum cadangan ini diimplimentasi. Aku rasa dah banyak cadangan dibuat sejak rahun 70an dulu. Walaupun nagara maju dah buat, tak semestinya kita kena ikut bulat-bulat.



Nota: OKU adalah Orang Kurang Upaya.

1 comment:

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah. Selagi sistem pengangkutan awam masih kacau-bilau, penyelesaian apapun tidak akan membawa ke mana-mana :)