26.11.06

Aku rasa ia penting.

Pernah dulu aku tak sempat nak tukar-salin baju pakaian seragam sekolah. Kepenatan tidak terhingga rasanya dari pagi hingga ke petang. Padat aktiviti sekolah. Balik lewat petang. Oleh sebab terlalu penat aku melabuhkan badan di pembaringan di atas tilam yang cukup empuk.

Zzzzz. Aku tidur dengan nyenyak. Tak sedar apa-apa.

Sedar-sedar esok pagi matahari dah terbit. Aku bangkit dari tidur. Tengok jam dah pukul 8 pagi. Aku terus bergegas ke sekolah.

"Hoi basuh muka, mandi dulu, siap-siap kemaskan dirilah..."Emak

"Dah lewat ni mak. Sarapan pun tak sempat. Pergi jela..." Aku

Hari itu aku ke sekolah macam bermimpi. Dengan pakaian yang kusut dan renyuk. Rambut kusut-masai. Semua kawan pandang. Hah, aku peduli apa! Janji aku ke sekolah. Pakaian kan kedua penting. Sekolah lebih penting kan? Menuntut ilmu niatnya. Tapi aku kantoi, aku ke sekolah tak mandi pagi.

Sudahnya, tiap-tiap hari kawan sekelas aku tanya. Kau tak mandi pagi ke? Walaupun aku bersungguh-sungguh mandi pagi apabila hendak ke sekolah. Sabun segala. Sikat rambut biar rapi. Maklumlah, zaman itu, aku belum pandai bergaya.

No comments: