31.3.09

Lima perkara

Buat julung-julung kalinya gua masuk mesyuarat ketua-ketua kepala di sini. Gua bukan ketua. Tapi gua dapat surat jemputan itu. Jadi, mereka declare gua ketua mereka. Maka, gua pun bertindaklah macam ketua. Dalam kepala otak gua, dah berlegar dan berputar macam-macam point nak dilontarkan. Dan bermacam-macam benda juga gua nak memohon dan meminta apa yang patut. Sejarah tetap sejarah. Tak kiralah gua siapa sekalipun. Kesinambungan kepimpinan ketua lama secara dasarnya ada yang perlu dikekalkan, ada yang perlu dirombak. Dan ada yang perlu ditambah-baik. Walaupun gua orang baru di sini, gua bukan kira baru atau lama. Kalaupun gua baru di sini, sampai bila gua boleh dimasukkan dalam kategori orang lama. Setahun? Dua tahun? Sebulan kat sini macam setahun lu tau tak..? Masa bukan persoalannya di sini. Apa yang lebih mustahak, gua menyampaikan apa yang patut dibuat demi kesejahteraan semua. Kekhuatiran gua cuma manalah tau kalau-kalau mereka menyimpan dengki dan mengutuk gua belakang-belakang. Gua pun tak simpan prejudis ini. Gua juga tak fikir mereka senegatif itu. Baiklah. Gua positifkan minda gua. Mereka tak akan tikam gua dari belakang. Perasaan itu gua buang jauh-jauh.

Ketua-ketua kepala bercakap seorang demi seorang. Entah apa yang dicakap gua bukan faham sangat. Buat-buat faham sudahlah. Giliran gua akhir sekali. Sambil mendengar ketua-ketua lain cakap. Gua catat beberapa perkara yang perlu gua cakap nanti. Okey, ada apa-apa? Ketua punya ketua tanya gua. Okey, assalamualaikum semua. Saya nak maklum beberapa perkara di sini. Satu, pasal talian internet di sini. Saya rasa, talian di sini mempunyai masalah yang besar. Entah saya tak pasti kenapa. Tapi, apabila nak download emel atau upload tak boleh. U bukan tak tahu, banyak kerja-kerja saya yang melibatkan internet. Saya kena kemaskini portal. Bila dah isi je, saya klik, web page cannot found. Lagi satau, saya kena kemaskini blog. Jika tidak macam-macam sawang akan singgah nanti. Sudah beberapa kali saya cuba. Alahai... Minta diselidik perkara ini. Adakah kapasiti server kita atau memang talian di sini tak stabil.

Dua, kalau boleh saya nak menambah-baik pendekatan mesyuarat. Zaman IT la ni, kalau boleh nak guna slide show. Jadi, apa yang diperlukan adalah komputer riba, skrin putih dan projektor LCD. Itu saja alat. Saya tak mahu bila, siaap-siapa cakap seolah-olah macam terawang-awang kerana tak tahu di mana lokasi yang dibincangkan. Macam di atmosfera pun ada. Jadi, kita boleh pancarkan pelan-pelan lokasi yang berkenaan di samping ada disertakan sisipan seperti biasa.

Tiga, penyediaan kaunter khas di tempat saya. Bukan kaunter pembayaran. Bukan kaunter zakat. Sebagai ketua, saya bertanggungjawab memberi keselesaan kepada orang bawah saya. Mereka juga mahukan kesendirian dalam melakukan pekerjaan. La ni, pelanggan terus masuk ke meja pejabat tempat dia bekerja. Mereka rasa tidak selesa. Dan pelanggan seolah-olah menceroboh serta meninjau-ninjau mengikut sesuka hati mereka. Sepatutnya ada ruang khas dan disediakan meja untuk semakan pelan dan dokumen. Saya rasa, perkara ini sudah pun dinyatakan oleh DeeOhh. Penting tu.

Empat, permaidani di unit saya adalah bersifat multi-colour. Biru ada, merah ada. Macam-macam ada. Kerja-kerja pengubahsuaian dalaman perlu dilakukan kerana kenapa unit-unit lain ada yang terlibat dengan kerja ini. Dan saya jangkakan, unit saya juga terlibat. Maka, tak perlulah saya memohon untuk membuat pengubahsuaian dalaman bagi unit saya seperti penyediaan partition. Menukar kekisi tingkap yang reput. Mengganti pendawaian yang lama. Dan sebagainya. Sebab ini memang keperluan untuk mengubahsuai satu bangunan. Saya lihat juga, kemasan tandas yang bilangannya enam unit didahulukan. Agaknya, orang ke mari untuk pergi ke tandas kita. Dan barangkali selepas berurusan, mereka akan membuang air. Alahai...

Lima, saya pohon jasa baik untuk memantapkan unit perancangan/ bangunan/ kejuruteraan dalaman terlebih dahulu. Kerana unit saya juga bergantung kepada unit ini. Kekuatan unit saya adalah tertakluk kepada kesediaan dan kekuatan unit ini. Harap dipohon pengambilan untuk mengisi kekosongan dengan kadar segera. Saya rasa itu saja buat masa ni. Hehehe...

Selepas gua cakap. Ketua yang satu lagi ghoyak. La ni gini. Kalu buleh. Ambo nok mintok lektok untuk ketua-ketua sinni. Gi manno-manno, kawe malu sebak hok lain ade belake lektok. Keh keh keh...


.

No comments: