Mesin perakam masa.
Satu sembilan sembilan sifar.
Gua mula berjinak-jinak dengan rokok. Gua curi-curi hisap rokok Gudang Garam yang senang diperolehi stoknya di kedai runcit mak gua. Gua teruja bau Gudang Garam ni, rasanya pun ada manis-manis sikit macam bunga cengkih. Barangkali sedap gua kata. Ada banyak jenis Gudang Garam. Maka, gua tarik sebatang yang ada filter punya, gua on balik pintu belakang kedai tempat gelap. Gua layan sorang-sorang. Tengah gua sedap layan, Abu, jiran gua nampak bara puntung rokok tu. Gua jadi cuak nampak Abu lalu. Gua cepat-cepat padam. Si Abu ni pergi mengadu pulak kat bapak gua. Eleh, tu pun nak mengadu si Abu tu! Nasib baik gua lupakan hajat nak bakar rumah dia. Kemudian, bapak gua panggil gua tanpa mengutus sebarang memo ataupun surat rasmi. Gua duduk menghadap depan dia. Slow talk kat gua. Apasal hisap rokok? Dah banyak duit? Bapak pun tak hisap rokok.. Ko jangan cuba-cuba nak hisap rokok. Nanti kalau dah kerja, dah ada duit sendiri, nak hisap, hisaplah. Itu nasihat arwah bapak gua. Ringkas tapi padat berisi. Gua dah gigil dah. Takut kena hentak dengan kerusi meja yang ada sekeliling dia. Bukan apa, gua ada pengalaman tengok periuk nasi terbang. Memang gua fobia. Nasib baik, dia bagi motivasi sepam dua je. Sekarang, pihak kerajaan bertungkus-lumus menasihatkan orang awam agar tidak menghisap rokok. Letak gambar kerongkong la, gambar paru-paru la. Macam-macam lagilah kempen. Tapi, orang tetap beli rokok dan hisap rokok. Contohilah bapak gua, see dia nasihat sekali je dah jalan. Hasilnya, sekarang pada gua. Gua benci pada rokok. Gua tak suka hisap rokok. Gua lebih suka hisap puting. Haha! Pertama, bapak tak mahu anaknya merokok kerana merokok membahayakan kesihatan perokok dan orang sekeliling. Kedua, bapak tak mahu anaknya terjerumus dengan dadah apabila berjinak-jinak dengan rokok akibat hasutan rakan sebaya. Ketiga, bapak gua nak jadikan gua orang! Bukan orang yang merokok! Patutnya, tauke kedai yang jual rokok tu, letak muka bapak gua kerana bapak gua 'bapa tidak merokok!'.
Satu sembilan sembilan tiga.
Gua berminat sungguh bermain badminton. Tapi takde duit nak beli reket Yonex. Gua yakin, bila mintak pasti tak dapat. Gua ambil keputusan drastik, gua ambil duit pusingan modal mak. Bawah katil mak sorok, gua rembat. Dengan membawa duit syiling berkantung-kantung, gua tukar di kedai runcit mamak dengan wang kertas bagi ringan sikit. Suka giler mamak tu. Macam dapat jongkong emas. Dapatlah gua seratus dua puluh. Gua pergi turun bandar ngan member usya reket Yonex kat Parkson. Duit gua tak cukup. Reket Yonex mahal bai.. Tanpa buang masa, gua angkat satu. Gua bawa balik. Sampai rumah, gua sorok belakang rumah takut kantoi. Tapi, mak gua dah hidu duit pusingan modal dia dah lesap. Bapak gua pun dah syak gua yang rembat. Iyela, sape lagi. Takkan dia nak tuduh kucing yang selalu lepak kat rumah gua. Mustahil! Bila gua masuk rumah, dia tanya gua. Pergi mana tadi? Dengan gigil gua jawab, gi bandar. Beli apa? Dia herdik. Gua terketar-ketar jawab. Tak terkeluar suara gua. Sebenarnya, dia dapat tau gua beli reket. Bukan Yonex. Bapak gua ambil reket tu libas kaki gua sampai patah liuk reket tu. Reket jahanam. Kaki gua calar-balar. Satu sen pun tak guna. Itulah arwah bapak gua. Mengajar gua merangkap anaknay nak menjadi orang. Pertama, dia tak mahu gua jadi pencuri. Kedua, kalau mahukan sesuatu sila minta cara baik. Ketiga, kalau nak main badminton berlatih dulu baru beli reket. Sekarang, bila gua pandang set reket yang gua beli sendiri, gua teringatkan kembali peristiwa ini. Arwah bapak bukan nak mendera gua ikut suka. Tapi, untuk mengajar gua menjadi orang dan seorang pemain badminton yang bukan pencuri. See...
Satu sembilan sembilan lima.
Sebelah pagi, gua sekolah aliran Inggeris. Petang pula sibuk sekolah aliran agama. Apabila ada aktiviti sukan, sebelah petang gua terpaksa ponteng sekolah agama. Gua terpaksa korbankan kelas agama. Satu hari, dah lama gua ponteng sekolah agama kerana menjalani latihan hoki di sekolah aliran Inggeris. Kemudian. Bapak gua hangin satu badan. Satu petang, gua dah ready dengan pakaian sukan. Dengan stick hoki gua. Dah bersiap nak mula jogging dari rumah ke sekolah gua. Hari tu, boleh pulak bapak gua balik awal dari kerja. Dia letak motosikal dia. Dia masuk rumah. Gua ingat dia nak bagi gua bekal air sirap ribena untuk bawak bersukan. Dia keluarkan parang perambat gua keliling kampung. Apa lagi, gua nampak parang gua cabut la. Dia kejar gua, mencicit gua langkah seribu. Akhir sekali gua masuk rumah gua balik. Cari tempat perlindungan. Kemudian, dia tarik baju gua. Rendam gua dua tiga kali dalam kolah. Naik lemas gua. Dia ikat leher gua dengan kain. Adalah dalam sejengkal dia jerut gua. Gua rasa macam kena hukum gantung mandatori pun ada. Apalah nasib gua. Nasib baik, gua tak terkeluar tahi hijau. Tak cukup dengan itu, dia sebat gua dengan tali pinggang. Berbirat belikat gua. Punyalah dia marah, bila gua ponteng sekolah agama dan pentingkan sukan keduniaan. Tapi, gua sedar, arwah bapak nak jadikan gua orang. Tapi, gua masuk jugak pasukan hoki sekolah, akhirnya gua terpilih ke zon daerah. Sekarang, bila gua renung balik piala tu, gua teringat arwah bapak gua. Bila gua susun kitab-kitab di rak, teringat peringatan arwah bapak. Bapak tak mahu anaknya main sukan hinggakan mengabaikan pendidikan agama. Takkkan pandai main sukan je tapi rukun Islam dan rukun Iman sepatah haram tak tahu. Main sukan, sukan jugak. Sembahyang jangan tinggal! See...
Satu sembilan sembilan enam.
Gua tak punya lesen lagi. Gua seleudup kuci kereta bapak gua. Dengan buat-buat pandai gua start kereta bapak gua. Mitsibushi Lancer. Kalau auto, bolehlah gua berlagak tak pegang stereng. Ini kereta manual. Minyak dan clutch pun tak pandai nak balance lagi. Sudahnya, gua langgar tiang lanting tepi jalan. Kereta bapak remuk bahagian depan sebelah kira. Gua jadi cuak, lalu gua lari tinggalkan kereta. Gua pulang cari tempat perlindungan kunci bilik. Sebelah malam, bapak gua panggil gua dengan menghantar adik gua sebagai utusan. Dah, esok pergi belajar sekolah memandu dan ambil lesen D sampai lulus. See, nasib baik gua tak kena hentak dengan telur ayam kat kepala. bab bab telur ni gua sensitif sikit. See, sekarang gua dah ada lesen dan sebuah kereta sendiri. Seingat gua, arwah bapak naik 4-5 kali je kereta gua. Kalaulah, arwah bapak masih ada. Gua tunggu dia kata, ko pergila amik lesen lori pulak. Pergi belajar! Nescaya aku dah beli lori sekarang. See, tinggi benar harapan bapak. Tinggi lagi harapan gua. Maka, satu hari nanti gua nak bawak mak ronda-ronda dengan pemanduan ibarat sedan ciri seakan MPV.
Arwah bapak dah meninggalkan hampir lebih enam puluh hari. Inilah secebis kenangan yang kukuh di ingatan bersamanya. Terima kasih bapak kerana menjadikan saya orang. Bukan orang-orangan. Al-Fatihah...
.
5 comments:
Bapak yang terbaik. Sama dengan bapak gua. al-Fathihah..
Alfatihah! Didikan bapak zaman dulu amat sadis tapi berjay jadikan kita orang. aku suka entri ko kali ni. esp bab rokok!
Semoga kau juga sebaik arwah..
Mak sihat Alhamdulillah.rajin2 la call..ha8
Grand livina kaler apa?erk....mak yg tanya..
bapak gua tak penah ngadu sakit kat anak-anak sampai akhir hayat...bapak gua seorang yang tabah bagi gua...
siapa idola kamu?,tanya guru semasa dibangku sekolah dulu.
gua jawab...
bukan artis cikgu,
bukan juga pelakon,
dan bukan menteri pun,
tapi dia adalah bapak gua..
selamat hari bapak sedunia
alfatihah..
satu sembilan sembilan sembilan..
Post a Comment