Coretan ini tak pernah kurancang. Entah mengapa tergerak di hati ini untuk menulisnya. Mata belum nak lelap lagi. Uwarghhh! Tapi dah sangap.
Di kala ini aku sangat memerlukan kau. Tidakkah kau tahu aku perlukan romantis belaianmu? Haha! Aku sepi tanpamu. Tiada lagi teman di sisi. Hanya engkau penghibur hatiku di kala ini. Bila kau tiada aku sungguh merinduimu. Namun, bila kau ada di sisi, lain pulak jadinya. Ehem, ehem! Namun, pada malam (perkataan malam digunakan di sini) ini ingin kuluahkan hasrat di hati. Hatiku tidak terpaut pada yang lain. Hanya kau seorang. Cubalah baca hatiku. Aku ingin kau di sampingku. Tapi, mengapa ini tak berlaku.
Aku sukakanmu.Sayang (perkataan sayang digunakan untuk memujuk), ketahuilah cinta ini sudah membuak-buak. Tunggu masanya untuk meletup. Bila agaknya? Maaf, jika diri ini keterlaluan terhadapmu. Maaf jika diri ini tak disenangi oleh dirimu. Sesunguhnya aku perlukanmu. Tak terkata rasanya untukku luahkan segalanya. Sering aku bertanya pada sang bulan. Dapatkah aku gapai bintang yang bersinar tinggi di awan? Dapatkah kupetiknya lalu kusimpan untuk dijadikan hantaran? Mana ada yang mustahil. Semua ketentuan, telah ditetapkan perjalanan oleh Allah SWT. Takdir penentu segala. Bisakah kupelukmu lalu kudakap dan mencium tengkukmu? (Jangan berfantasi yang bukan-bukan) Pasti kau kegeliaan kan? Pasti itu hanya mimpi. Kerana kita belum diijab kabulkan. Kerana kita belum disatukan.
Aku cintakanmu.
Aku ingin memilikimu.
Sudikah kiranya kau mencium tanganku? Pelajarilah ilmu rumahtangga. Pelajarilah bahagian erotik lelaki yang paling sensitif. Pelajarilah dari pengalaman. Pelajarilah dari kesilapan. Semuanya perlu kita pelajari. Suatu hari nanti aku akan memilikimu (menabur janji manis). Itupun aku tak pasti. Yang pasti selepas tamat pengajianku. Aku ingin memilikimu. Perancangan perlu dilakukan dengan rapi dan tersusun. Tersilap langkah parah jadinya. Banyak sekali kenangan yang kita ukir bersama.
Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam.
Hari ini lebih mesra dari semalam.
Hari ini lebih intim dari semalam.
Hari ini lebih kasih dan sayang dari semalam.
Hari ini lebih cinta dari semalam.
Hari ini lebih sefahaman dari semalam.
Hari ini lebih bersatu dari semalam.
Hari ini mengukir kenanangan manis bersama.
Aku yakin kau juga rindukanku kan? Kau juga sayang padaku kan? Kau sering mengingati aku. Kau sering menjaga kesihatanku. Ketahuilah, walaupun tak diucap dengan kata-kata tapi hati ini sering berkata sesuatu. Hati ini sering berdamping denganmu. Kini, aku sedar, mungkin diri ini terlalu dibebani dengan pelbagai masalah maka perwatakan luaran diabaikan. Emosi dan fikiran terganggu.
Stres dengan kerjaLagi aku lupakan. Semakin sentiasa bermain di ingatan. Tapi, banyak buku ada menulis bahawa masalah yang disebutkan di atas tadi memberi kesan yang cukup besar terhadap diri ini. Jadi, aku ambil keputusan untuk membuat anjakan.
Bebanan pelajaran dan buku-buku
Masalah kewangan
Perhubungan dengan orang lain serta rakan-rakan
Memikul tanggungjawab keluarga
Lain-lain
Lebih bersikap positif dalam segala halAku sedar, kau sentiasa meraguiku. Ku sedar kau sentiasa berjaga-jaga takut ditipu. Ku sedar kau sentiasa peka denganku. Kusedar kau sentiasa waspada tingkah-lakuku. Tapi, ketahuilah olehmu bahawa. Aku bangga! Memperolehi insan sepertimu; sentiasa ambil perhatian tentang diriku; sentiasa memuji akan kebolehanku; sentiasa memuji kerana ada bersamaku. Tahniah kerana kau perjuangkan aku untuk orang lain. Kau memuji aku di hadapan orang lain. Kau beri dorongan terhadapku walaupun tak seberapa.
Bersikap ramah dengan semua orang
Senyum selalu
Komited terhadap semua perkara
Aku akan tunggu kehadiranmu dalam hidupku. Kekadang masa terluang aku baca surat darimu. Aku baca kad ucapan yang kau kirim. Indah sungguh kata-katanya... Hati ini sentiasa teringat saat manis bersama. Hati ini, tidak pernah berkata bosan apabila denganmu. Hati ini tak pernah mengeluh akan tabur budi yang diberi. Jika diri ini silap, tegurlah dengan hikmah. Begitu jua sebaliknya dengan dirimu. Sesungguhnya ada beberapa perkara yang ingin diperkatakan. Kata-kata ini mungkin kata-kata yang biasa dan selalu didengar olehmu. Selalu disebut oleh sesiapa yang enak bercinta. Kata-kata yang selalu juga boleh juga boleh terperangkap jika disalahguna. Kata-kata tersebut adalah
Aku sangat sayang padamuDi bilikku ini ada berapa banyak potretmu. Kusimpan dengan rapi. Ku ‘frame’ kan dengan sempurna. Itu baru gambar. Belum cerita soal perkara lain. Semuanya aku simpan dengan baik. Panilaianmu... Siapa aku, terserah padamu. Tapi, yang pastinya Aku CINTA kamu. Kini, kusedar siapalah aku tanpamu... Lupakan yang keruh. Buka lembaran baru. Bagaimana ingin kunyatakan di sini... Semenjak jatuh dari motor diri ini berubah
Aku rindukanmu
Aku sukakanmu
Aku bangga denganmu
Aku ingin memilikimu
Aku.. Argh tak terucap rasanya.
Kau tahu sajalah
Tak berapa semangat untuk bekerjaApa gunanya sayang jika kejujuran tidak berlaku. Apa gunanya sayang jika tidak sefahaman. Apa gunanya sayang jika melebihkan orang lain. Apa gunanya... Sebenarnya, aku dah gilakanmu. Aku gilakanmu. Aku inginkanmu... Uwek! Orang lain akan muntah mendengarnya. Tapi aku pasti kau tidak. Tidak sekali.
Selalu mengingati mati
Ingin berbakti kepada kedua ibu-bapa
Hidup ini bersifat semntara
Fikiran sering terganggu
Tak boleh kerja lasak dan susah
Malas
No comments:
Post a Comment