7.4.08

Cukur jambul

Rehal dan kitab berzanji itu ditolak ke sana-sini. Semua tak mahu membacanya atau tak tahu membacanya. Baik yang muda mahupun yang tua. Apalah diorang ni... bikin malu betul! Aku kata dalam hati. Aku seperti biasa. Duduk di lokasi yang strategik dan berdoa-doa dalam hati minta-mintalah kitab itu tak sampai ke pangkuan aku. Bukan tak tahu. Gigil beb! Suruhlah orang lain baca.

Bacaan pertama dimulakan dengan *Paman Safi. Kemudian. *Paman Hassan. Kemudian. *Yusof. Kemudian. *Abdullah. Kemudian. Pak Ngah. Kemudian Aie. Kemudian *Abdullah semula (doa penutup).

Aku duduk selang seorang daripada Paman Hassan. Sampai pertengahan bacaannya, jemaah semua berdiri berselawat ke atas Nabi dan melagukan marhaban. Emak panggil aku untuk mengiringi bayi membawa dulang untuk keperluan bayi bercukur jambul. Atas dulang tu ada mangkuk berisi tanah, mangkuk berisi air mawar, mangkuk berisi beras kunyit dan lipatan gunting rambut. Adik aku Aie mengiringi di belakang membawa ole-ole atau buah tangan kepada para jemputan dan para pemotong jambul bayi. Adik ipar aku (Wan) menggendong anaknya. Kami bertiga pusing keliling para hadirin yang melagukan marhaban.

"Kau pusing tiga kali dulu..." Abdullah.
"Aie, buah tangan jangan bagi dulu. Pusing tiga kali dulu." Wan.
"Oit oit oit. Lajunya kau pusing. Pening aku. Slow slow la beb!" Aku.

Nota : *Pakcik aku.
Orang Taman itu, tak pandai baca berzanji dan tak tahu bercukur jambul. Alahai... Bila bayi diuhulur jawabnya, tak retilah. Tak tahulah. Tak pandailah! Sedihnya zaman ini. Apa salahnya, baca selawat dan doa. Kemudian hembus di kepala bayi atau seluruh badannya. Itu sekurang-kurangnya. Tak susah kan?

No comments: