1.4.08

Kongsi sepotong kek

Perkara-peraka berikut dicadangkan semasa mesyuarat Jabatan Paling Bagus Didunia (JPBD) dengan firma perunding.

1. Proses perlantikan dan pemilihan perunding

Perunding telah dikategorikan sebagai perunding A, B dan C berdasarkan justifikasi seperti bilangan pegawai perancang ahli MIP, pengalaman dan sebagainya. Dikatakan perunding kategori A saja yang berhak dipilih untuk kawasan yang berkategori A. Mohon ketelusan dari segi jenis-jenis kawasan yang dikategorikan sebagai A,B dan C. Serta peruntukan-peruntukan kajian bagi kategori tersebut. Masih kurang jelas. Sebagai contoh, adakah firma berkategori C hanya berupaya untuk membuat projek bagi kategori C sahaja?

Penukaran sub-perunding perlu ada justifikasi yang khusus. Bukan tangkap muat untuk digantikan. Jika perlu, maka ia harus berdasarkan kadar baru perunding yang dipilih bukan mengikut kadar perunding lama yang digantikan. Sebagai contoh, firma A (sub perunding) terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tertentu dengan kadar gaji asas 20 ribu berdasarkan pengalamannya. Manakala penggantinya firma B diambil untuk digantikan firma A bukan dengan kadara gaji asas yang sama sebaliknya mengikut kadar gaji asas dan pengalaman firma B.

Man-month minimum untuk ketua perunding dicadangkan 4 man-month bagi projek yang mengambil masa 12 bulan; manakal 6 man-month bagi projek yang mengambil masa 15 bulan. Keperluan man-month ini mengambilkira kerja-kerja yang dibuat oleh perunding utama termasuk penyuntingan, penyelarasan dan sebagainya. Manakala jika ada tambahan kepada sektor kajian mengikut keperluan, keutamaan diberikan kepada konsultan dalaman terlebih dahulu.

Mon-month khas untuk ‘supporting staff’ perlu dimasukkan dan diambilkira bagi membantu ketua perunding bukan sebagaimana amalan sekarang ia termasuk dalam kategori sub-perunding. Perkara ini penting kerana dalam amalan jurutera ia dikira sebagai ‘supporting staff’ yang buat kerja sebenar.

Minimum man-month untuk perunding sektoral adalah 3 man-month untuk membolehkan perunding tersebut berdaya tahan, maju dan boleh hadir mesyuarat beberapa kali supaya berbaloi. Sekiranya, masih juga terdapat 1 mon-month untuk diambil perunding sektoral tersebut maka adalah lebih elok digabungkan sahaja sektor berkenaan dengan mana-mana sektor yang relevan

Firma-firma baru perlu diberi peluang untuk mendapat kajian walaupun tidak pernah membuat kajian sektoral tetapi kajian-kajian yang bersangkutan boleh dipertimbangkan. Namun, tempoh yang diperlukan untuk kematangan firma baru ini sekurang-kurangnya 3 tahun diperlukan;

Dicadangkan supaya perunding-perunding yang tidak berjaya membida sesuatu projek hendaklah dimaklumkan melalui surat kenapa perunding berkenaan tidak berjaya dan seterusnya menyebabkan ia tidak dipilih. Oleh itu, perunding yang tidak berjaya dapat mempelajari sesuatu dan memperbaiki CTK nya pada masa akan datang. Dan maklum projek berkenaan telah diperolehi oleh perunding lain;

Markah tambahan hendaklah diberikan kepada firma tempatan (local) jika sesuatu projek berkenaan adalah lokaliti di kawasan firma berkenaan. Sebagai contoh, jika projek di Melaka maka firma dari Melaka perlu mendapat markah tambahan berbanding firma dari luar;

Jadual tangga gaji asas mengikut pengalaman perunding diminta untuk dikaji semula.


2. Pengumpulan maklumat dan penghasilan laporan

Fee untuk kerja-kerja GIS perlu dimasukkan dalam kos kajian jika maklumat sediada di JPBD bukan data yang terkini. Dan perunding berhak mengemukakan kos verifikasi untuk mendapatkan peruntukan tambahan;

Kajian lapangan perlu setimpal dengan kos projek dan bukan hanya kos pukul rata keseluruhan. Manakala keperluan maklumat yang dikehendaki supaya dapat disediakan di peringkat mobilisasi dan bersifat lebih telus.

Perunding hanya perlu menyediakan sisipan (addendum) kepada laporan utama jika terdapat sebarang pindaan selagi mana ia tidak dimuktamadkan. Maka, proses percetakan tidak perlu dilakukan untuk keseluruhan Laporan.

Kuantiti dan bentuk laporan pelu diselaraskan di antara kajian semalaysia dan di dalam peringkat-peringkat kajian (peringkat laporan awal, laporan penemuan dan laporan DRT). Sebab ada juga terdengar perunding hanya menghantar sisipan persembahan boleh meneruskan peringkat seterusnya;

Penghasilan Laporan Rekabentuk DRT oleh pasukan teras adalah mengikut keperluan ISO sahaja sebaliknya ia adalah dicadangkan mandatori untuk pasukan teras memaklumkan kepada perunding utama sebagai panduan untuk perunding meneruskan ke peringkat DRT;


3. Pengurusan bersama pasukan teras

Diperlukan meletakkan Pengurus Projek yang berpengalaman, berwibawa, berintegriti dalam menguruskan projek kajian. Dan beliau ada karisma dalam mengruskan perjalanan projek;

VO atau imbuhan-balik dibuat dan diperolehi sekiranya ada kerja-kerja tambahan yang diperlukan. Kerja-kerja retenetion hendaklah dikurangkan kepada tiga bulan;

Sebarang perubahan kepada matlamat ka, objektif ka atau tema kajian hendaklah tidak menjejaskan secara major keseluruhan laporan daripada yang asal. Ini boleh melambatkan kajian dan mengakibatkan kajian bercelaru;

Penentuan tarikh akhir perlu dipersetujui oleh pasukan kajian untuk mengemaskini gunatanah dan pembangunan terikat bukan setiap komponen perlu dimasukkan sebagai kerja mengemaskini. Itu mengemaskini namanya;

Penyelarasan tarikh mesyuarat utama oleh pasukan teras pejabat projek agar pengarah dapat mengetahui semua perjalanan projek. Dan semua projek perlu dipengerusikan oleh beliau juga bagi memastikan kelicinan sesuatu projek;


4. Pengurusan bersama perunding sektoral

Perunding utama adalah bebas dan bertanggungjawab ke atas perunding sektoral yang dilantik. Dan perunding sektoral perlu memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

Masalah isi perut dan dalaman di antara perunding utama dna perunding sokongan tak perlu dihebahkan dalam mesyuarat. Cukuplah hal rumah tangga itu diselesaikan di peringkat sesama perunding;


5. Bayaran yuran perunding dan imbuhan balik

Segala urusan pembayara kepada sub perunding oleh perunding utama bagi setiap peringkat hendaklah dimaklumkan kepada pengurus projek samada salinan bukti pembayaran atau surat bertulis;

Perunding utama dan perunding sokongan hendaklah diberitahu terhadap sebarang apa jua perubahan sebelum menghadiri sesi rundingan;

Proses rundingan hendaklah telus dan dalam bentuk dua hala bukan sehala. Bukan diminta untuk bersetuju sahaja sebaliknya dibincangkan. Jika perlu ditambah, perlulah. Jika sebaliknya, sebaliknyalah.


6. Lain-lain aspek berkaitan

Laporan Penilaian SA dibuat selepas setiap peringkat kajian siap dan bukan semasa laporan diserahkan di setiap peringkat

Kos kajian secara keseluruhan perlu ada piawaian bukan bergantung kepada kos yang terendah

Kos data entri dan kos programmer EIS perlu dimasukkan

Pelan digital gunatanah didapati JPBD masih belum bersedia untuk dijalankan secara inhouse kerana kebanyakan kajian masih dibuat oleh perunding tanpa menagmbilkira kos tambahan yang terlibat;

Kos imbuhan balik untuk tiket kapal terbang bagi perunding yang berpengalaman diberi hak keistimewaan dalam hal ini;

Penyediaan TOR hendaklah menyampaikan maksud sebenar keperluan kajian dan perlu lebih teliti supaya tidak timbul masalah perubahan ke atas skop kajian apabila perunding telah dilantik.

Nota : Ambil maklum di Malaya terdapat 118 firma perancang yang berdaftar dengan MIP. Untuk RMK-9 hanya terdapat 82 projek kajian tidak termasuk kajian pendek. Kongsilah kalian sepotong kek itu.

.

No comments: