31.3.08

Perakus alam sekitar

Expert talk oleh Mr. Karam Singh Walia dimulai dengan bidalan ini

Rumah terbakar sekampung tahu
Hati terbakar siapa yang tahu

Jika kucing tak ada gigi
Maka tikus menari-nari

Pengisiannya adalah berkisar tentang perakus-perakus alam sekitar yang patut digelar bangsat. Dengan memaparkan beberapa contoh-contoh berikut:

1/ Bagaimana tanah lapang (bekas lombong) di kawasan bandar dijadikan tapak pelupusan sisa berjadual dan toksik. Aktiviti pengorekan pasir yang dahsyat dan diurusniagakan pasir tersebut. Kualiti hidup penduduk terjejas. Pihak Berkuasa tidak peduli langsung.
2/ Bagaimana hutan simpan diceroboh dengan pembangunan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan implikasi kepada penduduk sekitar. Kerja-kerja pemantauan tidak dipantau. Penerokaan hutan mendedahkan kem askar bersebelahan kepada ancaman musuh. Dan bagaimana kelulusan boleh diberi oleh pihak atasan.
3/ Bagaimana kejadian banjir yang dahsyat berlaku di Batu Pahat walhal hujan turun dalam tempoh yang singkat. Kerosakan dan kemusnahan harta benda penduduk. Pelepasan air empangan tidak diberitahu kepada penduduk. Empangan tidak diselenggara dengan baik.

banyak lagi contoh-contoh yang beliau kemukakan seperti isu pembangunan Bkt. Gasing, Bkt. Cerakah. Isu pembinaan empangan Kelau. Isu terowong SMART. Isu kesesakan. Isu penyediaan rumah yang tidak berkualiti dan sebagainya.

Dan Mr. Karam Singh Walia mengakhiri ceramahnya dengan pantun ini

Burung terbang di awangan
Hinggap sejenak di dahan meranti
Kalau ada umur berpanjangan
Boleh kita berjumpa lagi

Audien memberi tepukan yang gemuruh. Tapi audien tak melihat tangan Mr. Karam Singh seperti membelah angin (sesekali naik-turun) sebagaimana dilihat dalam TV apabila beliau membuat liputan.

.

No comments: