14.3.08

Idea gila

"Ok, sila bentang maksud pelan konsep ni?"

"Terima kasih tuan pengerusi. Keutamaan pembangunan di nukleus pertumbuhan yang bewarna oren diikuti dengan koridor-koridor pembangunan yang dikenalapsti bla bla bla..."

"Ada banyak kaler ni, pelan ni takde legend nampaknya?"

"Ok, saya terangkan yang kaler hijau berlorek tu, di bahagian kanan kawasan tadahan air bla bla bla.. kaler kuning ni bla bla.."

"Apa maksud kaler hijau cair ni?"

"Ok, yang hijau cair ni kawasan-kawasan tertakluk di bawah zon pemeliharaan tahap 3 bla bla.."

"Sebelum keluar pelan ini, kami melalui proses tindih lapis."

"Ok fine. Kena ada legend untuk beri kefahaman kepada orang lain."

"Sebenarnya, saya lebih suka pelan di muka surat sekian sekian dijadikan pelan konsep. Ini, saya saja je melontarkan 'crazy idea' untuk diperbincangkan."

"Itulah, saya baru nak cakap. Rasanya pelan ni lagi sesuai dengan sedikit modifikasi boleh dijadikan pelan konsep."

"Huh, kau ni buang masa aku je."

"Saya rasa tak buang masa. Ada beberapa perkara juga yang boleh diperbincangkan dan diperjelaskan. Contohnya, dalam pelan ini kita menonjolkan wujud koridor-koridor baru pembangunan yang dilihat berpotensi. Jika tidak, dalam peta cadangan nanti, kawasan ini akan kekal sebagai kawasan pertanian."

"Ada gunanya juga 'crazy idea' ni.."

Dalam perbincangan itu, aku lihat, sepinggan karipap dan sepinggan kuih bom di atas meja semakin berkurangan. Aku syak orang yang duduk sebelah kanan aku membedal. Barangkali. Kawan aku duduk sebelah kanan. Bos aku duduk sebelah kiri.

Tanpa aku sendiri sedari. Sepinggan karipap dan sepinggan kuih bom di atas meja semakin berkurangan. Alahai...

No comments: