6.3.08

PUNDAK tertinggi di P135:ALOR GAJAH

Dua hari sebelum pilihanraya, iaitu pada 6 Mac 2008 YB Ahtok selaku wakil PUNDAK (Parti Undi Rosak) untuk P135-Alor Gajah turun padang. Pelan koridor pembangunan sudah dispakan dan dimantapkan. Tinggal lagi untuk mendapat kelulusan dan perakuan oleh Ketua Menteri dan YDP Alor Gajah. YB Ahtok turun sendiri ke lokaliti penduduk dengan menjemput semua untuk hadir ke Hotel Sri Malaysia Ayer Keroh bagi membentangkan manifesto PUNDAK di sana. Makanan disediakan. Boleh 'tapaw'. Kehadiran ketika itu sangat memberangsangkan. Sampai sarat muatan bilik seminar. Intipati manifesto yang dibentangkan pada perjumpaan itu adalah seperti berikut:

1/ Menyelesaikan isu penternakan khinzir di Alor Gajah walaupun sebenarnya ia lebih banyak di Parlimen Masjid Tanah. Isu ini mengganggu kualiti hidup penduduk dan implikasinya juga kepada seluruh penduduk daerah. Jadi, pendekatannya Alor Gajah zero babi. Sebab babi subur;

2/ Membangunkan bandar Alor Gajah sebagai pusat perdagangan bertaraf separa wilayah dengan pelebaran kawasan bandar hingga ke Simpang Ampat. Menjanjikan penduduk tempatan 3,300 peluang pekerjaan dalam sektor industri dan perkhidmatan dan pusat pelaburan yang strategik;

3/ Pekan-pekan sediada akan dinaik taraf untuk memberi peluang kepada golongan Bumiputera berniaga. Dan pusat-pusat yang berpotensi akan dikenalpati untuk Pusat Pertumbuhan Desa untuk aktiviti IKS.

4/ Kawasan Durian Tunggal yang juga sebahagian daripada kawasan hang Tuah Jaya yang dicadangkan oleh parti dacing akan dimajukan. Durian Tunggal akan mengambil peluang ini untuk dimajukan sebagai zon kediaman. E&E Hub, CBD bagi Hang Tuah Jaya, Pusat Institusi dan IPTS terkemuka dan linear park;

5/ Pengangkutan awam akan dipertingkatkan yang akan meliputi keseluruhan kawasan supaya mobiliti penduduk dapat dipertingkatkan walaupun kurang permintaan buat masa ini kerana mahu menggalakkan pengurangan belanja petrol oleh penduduk. Manakala rezab laluan keretapi lama dari Pulau Sebang ke Kg. Gangsa akan dimajukan semula untuk kegunaan masa hadapan penduduk samada untuk monorel, tren, ERL atau LRT;

6/ Pendapatan minimum penduduk-penduduk Kampung Tradisi, FELDA dan Petempatan Orang Asli akan dipertingkatkan kepda RM 1,000 / keluarga dengan menyediakan pusat-pusat latihan dan kursus keusahawanan;

7/ Pembangunan akan diteruskan namun secara terkawal dan berdensiti rendah dengan ketinggian bangunan tidak boleh melebihi 5 tingkat di pusat bandar dan 2 tingkat di tempat lain dengan konsep 'greenery environment suasana kedesaaan'.

8/ Kawasan tadahan air akan dipelihara (mustahak untuk dipelihara) manakala empangan Durian Tunggal terus menjadi punca bekalan air bagi Negeri Melaka selain cadangan Empangan Sungai Jerneh.

Jika mahu ditulis di sini panjang berjela. Apa yang mustahak PUNDAK memperjuangkan kepentingan umum diutamakan. Untuk dua hari itu, penduduk disuapkan dengan manifesto ini. Penduduk sangat gembira. Ramai juga yang meminta salinan 'soft copy' manifesto kami selesai pembentangan termasuklah wakil dari parti-parti lain. Nak tirulah tu. Takpun nak senang kerja. Tidak ketinggalan juga pihak hotel selaku 'custodian' pelan-pelan yang kami bentangkan. Meminta juga. Dengan buat muka kesian. Terima kasih kepada jentera PUNDAk yang bertugas ketika itu. Hampir lima hari mereka tidur tak menentu.


Sudahnya, walaupun parti PUNDAK tewas di Alor Gajah, namun pencapaian yang memberangsangkan dan tertinggi bagi kesemua parti PUNDAK yang bertanding di Malaysia. Terima kasih pengundi Alor Gajah kerana mengundi PUNDAK dan mempercayai manifesto kami yang lebih realistik berbanding parti lain.

No comments: