18.3.08

Fail sulit hilang

BA Selangor. Kita sebut Barisan Rakyat (BR) sebab BA di sini dah jadi Kerajaan. Bukan pembangkang lagi. BR Selangor berjanji akan melaksanakan urus tadbir seperti berikut sekiranya berjaya menakluk Selangor:

Memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah;
Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri;
Menghentikan projek-projek membazir dan rugi;
Memastikan ketelusan pentadbiran negeri;
Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan
Melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan.

Sosio kebajikan rakyat:
Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (termasuk Melayu, Cina & India)
Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
Membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
Memberi elaun ibu tunggal yang layak
Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam

Kesihatan Rakyat :
Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas

Ekonomi rakyat:
Menyediakan premis perniagaan yang cukup
Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersil sebanyak 10%
Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan
Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan

Keselamatan rakyat:
Menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir
Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.


Psst.., ada fail-fail sulit AF yang telah dilupuskan dan hilang terutama di Selangor dan Perak setelah bertukar kerajaan.
Bongkar!

No comments: