24.3.08

Love is CINTA, Hate is BENCI; part I

Saya dapat juga mencari CINTA di dasar laut Pulau Redang. Bersama spesis hidupan laut di sana. Inilah bukti CINTA saya kepadaNya dengan mengambil iktibar dari kejadianNya. Alahai, syukur saya kepadaNya juga kerana diberi CINTA untuk dicintai (saya rasa la..) dan mencintai. Kerana semangat saya yang berkobar-kobar untuk menangkap gambar bukti CINTA saya kepadaNya, kamera Olympus saya rosak kerana direndam air laut masin. Lupa saya nak pesan pada rakan saya, kamera yang saya beli itu bukan underwater camera. "Oit, kau bawak pergi berenang tu buat apa. Ni kamera darat saja. Bukan untuk dalam air punya. Aduish..!"

Maklumlah, selepas dikurniakan dua orang cahaya mata, baru berkesempatan untuk saya berbulan madu. Berbulan madu bersama anak-anak pun best juga. Lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan yang kita suka. Kawan-kawan yang ketawa bersama, makan bersama, main sukan rakyat bersama, tangkap gambar bersama. Suka betul la kawan macam ni. Ramai saya jumpa di sana. Tapi, kawan yang berat sama dipikul sangat boleh dikira.

Surat CINTA saya yang pertama (barangkali dia renyukkan dan campak dalam tong sampah kerana sebarang kertas direnyuk dan dibuang layak digelar sampah). Di atas kertas itu tertulis begini :

Saya suka kat awak, sebab awak cute sangat.
Nanti, lepas sekolah, kita balik
sama-sama macam biasa. Boleh kan?
Walaupun awak garang jadi pengawas
sekolah, saya tetap suka kat awak.
Pen merah, pen biru; U marah, I luv U.
Pecah kaca, pecah gelas; sudah baca, harap balas.

No comments: