5.2.09

[287] Bapak tidur buat selamanya

Ketika kita di puncak kegembiraan.
Bila-bila saja, Allah boleh beri kesedihan.
Ketika kita berasa sangat girang.
Bila-bila saja Allah boleh menganugerahkan kedukaan.
Ya. Bila-bila saja. Dan di mana jua.

Beberapa kegembiraan yang aku terima awal tahun 2009.
Rupa-rupanya, aku diuji dengan kehilangan yang barangkali menutup segala kegembiraan.
Ya Allah...
Ketika Allah memberi rezeki yang bertimpa-timpa.
Tidak aku menjangkaui ada hikmah dugaan di sebaliknya.
Atau ada cabaran yang diberi untuk digalas.
Tidak mustahil Allah bisa menarik semuanya dalam sekelip mata.
Oleh itu, dalam kegembiraan sebenarnya ada kesedihan.
Dalam kedukaan sebenarnya punya sekelumit keceriaan.

Ya Allah, aku redha dengan ketetapanMu.
Semoga roh bapak ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman.
Permudahkan segala urusan kami adik-beradik dalam mengharungi hidup tanpa seorang bapak.
Aku akan mengambil tanggungjawab ini sebagai pengganti.
Saudara-saudaraku, bapak dah tiada lagi.
Sama-sama kita menjaga emak.
Mata aku sudah mula berkaca.
Fikiran sudah tidak karuan. Astagfirullah.

Al-fatihah untuk Allahyarham Hj. Maskur Bin Atmom. Al-fatihah...
Jemput datang ke rumah pada 7/2/09 Sabtu malam Ahad selepas Isya'.
Tahlil dan doa malam ke tujuh untuk Allahyarham.
26, Jln Bayan 64, Tmn Megah Ria, 81750 Masai, Johor.
___
Pautan :
Kongsi kedukaan yang sama.



.

15 comments:

AiE bAhRi said...
This comment has been removed by the author.
AiE bAhRi said...

Harta yang kita ada hanyalah emak.Luangkan masa bersamanya jika kita tidak mempunyai sebarang perkara lain yang perlu dilakukan.

ujian Allah pada kita cukup hebat pada awal tahun ini.Semoga kita sama2 dapat mendoakan kebahagiaan bapak di sana.Walaupun belum cukup tabah untuk menerima dugaan yang maha hebat ini, tapi kita yang hidup perlu meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.Kita adalah sumber kekuatan emak sekarang.

Al-fatihah.

Anonymous said...

Al Fatihah buat arwah bapak... semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...,semoga bapak tenang di sana..., sebagai anak marilah kita sama-sama kirimkan doa buatnya..., Kematian itu pasti...giliran kita pula menanti...

Nizam.Ariff said...

Takziah bro,
Doa anak sampai kepadanya. Jangan putus-putus berdoa...'Allahumaghfirlahu Warhamhu Wa 'Aafihi Wa'fuanhu...'

Anonymous said...

Takziah...

“Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo’akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya” (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad).

ha_si_na said...

al-fatihah...

semoga arwah dicucuri rahmat....

ezzati said...

takziah..

smuga tabah tempuhi dugaan-NYA ...

tasekM said...

alfatihah.

tabah ya.

saudagar gaRAM.. said...

alfatihah..

semoga lebih tabah menghadapi cabaran..

aminnnn

Anonymous said...

takziah tok..aku baru tau arini...

rose emely said...

salam takziah...

redha dgn pemergiannya. iringi dgn doa...

artsoul said...

ku doa kan roh ayahanda mu ditempat dgn golongan org2 yg beriman...al-fatihah...

filanastasia said...

ah tok : takziah.. been there.. i knew how u feel.. u're a guy.. stronger than me..

al-fatihah untuk arwah ayah kamu..

addyaholix said...

salam takziah. moga terus tabah dan kuat untuk hari mendatang.

ena said...

takziah tok!!
semoga beliau ditempatkan dikalangan orang² yang soleh... insyaAllah