Gua selaku pemain simpanan. Gua duduklah menyaksikan perlawanan. Katalah, ada pemain yang pancit ke atau cedera ke atau mengada-ada tak nak main ke atau 'demand' gaji ke. Kira gua gantilah. Nasib-nasib dapatlah gua masuk. Kebetulan. Satu perlawan tu, jurulatih memilih gua untuk dimasukkan ke dalam padang. Yang ketika itu pemain posisi tengah telinganya mengalami pendarahan yang teruk. Gila kau, boleh tak dengar kalau pengadil tiup wisel. Lalu. Gua dikerah masuk. Biasalah, selaku pemain posisi tengah yang berstamina tinggi dan berkemahiran kelas pertama gua pun masuk dengan penuh bergaya. Penonton bersorak. Pemain lawan dalam padang juga turut bersorak. Penonon di rumah yang menyaksikan perlawanan melalui kaca tivi juga turut bersorak. Tapi, tapi, tapi. Pap! Ketika sedang gua melakukan perjalanan masuk ke padang. Mengambil tempat posisi tengah. Tiba-tiba seorang pemain di bahagian serangan sakit perut. Makan nasi mentah malam tadi. Perut memulas tak semena-mena. Kemudian. Jurulatih menjerit dari luar padang, mengarahkan gua mengambil tempat di bahagian serangan pula. Gila kau! Takkan gua nak lawan kata jurulatih. Ada pulak nanti gua tak dapat gaji untuk bulan depan. Walaupun gua dah lengkapkan semua borang-borang, pengesahan perubatan, maklumat bank, maklumat peribadi apa dia peduli.
Okey, okey.. Peranan jurulatih sangat mustahak dalam hal ini. Satu-satu pasukan yang menang atau kalah adalah peranan jurulatih itu sendiri. Jika kau dapat jurulatih yang sangap nak mampos. Maka, kepastian menghampiri kekalahan sudah pasti. Hah, inilah yang terjadi di banyak negara sedang membangun. Perancangan dan penyusunan pemain amat perlu. Tersilap letak percaturan. Silaplah strategi untuk capai kemenangan. Tapi jurulatih dah pilih pertukaran tiga penjuru. Gua terkedu, tak tau nak kata apa.
Ada ke jurulatih menukar gua di saat-saat genting. Dari posisi tengah ke posisi penyerang. Apa barang gua nak jadi 'scorer'. Berlatih dengan giat sampai ke negara Thailand pun bukan boleh pandai. Apa, Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor tak boleh ajar gua ke? Bagus apa Selangor. Iyalah, gua cuma pemain simpanan. Itupun dah cukup baik jurulatih panggil masuk. Daripada hanya memanaskan bangku simpanan. Tak ke haru kalau gua duduk bangku simpanan je. Sampai kematu punggung gua.
Ya Allah, jika ini yang terbaik untuk pasukan gua. Gua redha belajar kemahiran bola sepak dari Stadium Bukit Jalil sampai ke Bangkok, Thailand. Permudahkan urusan gua agar segalanya berjalan dengan lancar. Sebagaimana yang engkau kehendaki Ya Allah. Amin.
Gua faham bola itu bulat. Yang gua tak faham, apa lojiknya gua diletakkan di posisi penyerang. Alex Furgeson pun tak buat gini gua rasa. Cuba lu bagitau gua, posisi apa yang lu suka main? Untuk main, posisi apa yang lu nak cuba?
.
Nota : Gua sedang menyiapkan kertas kerja bagaimana mahu memantapkan sistem penyampaian bola sepak di tanah air kita.
.
4 comments:
semuga berjaya...ehemm sis penyokong Johor..keh3
Gua posisi lain semua takde hal. Keeper lu jangan letak.
endingnya ape citer beb??
xper sahabat... penyerang atau pertahan mahupun penjaga gawang.. anda kini seorang pemain.. bila sudah mula bermain... posisi mana pun kita kene cuba.. ya kini kita ada didalam padang untuk bermain berserta posisi.. bukan permainan, padang atau posisi apa yang perlu difikirkan... permainan itu lah kita..
Post a Comment