13.2.09

Baca buku gunung di perpustakaan

Dalam ruang yang selalu kami kunjungi. Aku dikelilingi gadis-gadis yang manis senyumnya.
Kemudian. Kami mula terbuka topik panjat-panjat gunung. Sibuk ada yang bercerita pengalaman masing-masing panjat Gunung Kinabalu lah. Gunung Everest lah. Gunung Korbu lah. Kemudian. Timbul nama Gunung Lumut dan Gunung Lambak. Aku tahu di kepala mereka sudah membayangkan Gunung Lumut itu sifatnya licin. Gunung Lambak itu duduk selambak atau setempat yang terdiri dari beberapa gunung. Itu yang aku baca dari fikiran mereka.

Memang kena pada masanya. Ada soalan terpacul dari mulut salah seorang gadis tersebut.
"Apa beza Gunung Lambak dan Gunung Lumut tu hah?"
"Owh, kau nak tahu beza. Mudah saja." Aku kata.
"Apadia?"
"Gunung Lumut susah nak balut sebab licin. Gunung Lambak biasanya kena balut takut melambak-lambak."

Tak sangka pulak mereka boleh ketawa gila-gila lawak slapstik aku. Nampak sangat mereka kawan ketawa saja. Aku syak, nak jaga hati je. Mereka tak nampak hati aku menangis dan merintih. Aduhai..., kenapa ada orang di sekeliling kita yang mahu mempermain-mainkan perasaan kita di kala kicauan burung mula mahu memulakan iramanya.

Okeylah, begini. Barangkali kau tak faham maksud entri ini. Okey okey. Aku bawakan analogi mudah ini. Katakan kau bayar duit booking MPV RM500. Kemudian. Penjual memulangkan kepada kau RM100. Sebab ada diskaun katanya kerana kasihan dengan kau. Kemudian. Dia menelefon. Dia kata dia dah terpakai RM150 untuk kegunaan sendiri membeli beras, gula dan belanja dapur misalnya. Secara matematiknya duit di tangan dia adalah RM250. Batul? Selepas itu. Kau bagitau dia pula. Kau tak jadi untuk membeli MPV yang dimaksudkan. Sepatunya, kau dapat wang RM400 kau kembali. Ini tidak, kau cuma dapat RM250. Penjual itu pula dapat RM150 untuk seorang pelanggan. Kalau 12 orang pelanggan. Tak ke, RM500+RM100 dia dapat?


.

5 comments:

K.H said...

Sekejap, aku terpaksa baca balik dari awal entri kau selepas baca analogi yang abstrak itu.

Ok, aku faham sedikit sehingga perenggan kedua terakhir. Analogi mudah kau buat aku jadi tak faham semula keseluruhan entri, lebih-lebih lagi perenggan terakhir.

Uff.. jauh falsafah kau.

paiseh said...

analogi tu hape..?

Masy said...

ade ciri2 matematik la plk huuh

Anonymous said...

aku paham..
bermakna ko serabai doe..
hahaah

ha_si_na said...

aku sangat mengerti.......