18.2.09

Ribut di cangkir cuma

Satu hari, saya dicampakkan ke planet yang biasa saya kunjungi. Kawasan jajahannya luas. Saujana mata memandang. Sayup-sayup kedengaran kicauan burung. Tinggal lagi, mentaliti penghuni di sini masih di dalam kotak. Tidak di luar kotak (out of the box). Apa yang saya sedar di planet ini ada kompartmen-kompartmen yang jelas. Walaupun jelas. Namun kurang sinergi di antara satu sama lain. Yang sedihnya lagi, kompartmen-kompartmen ini dalam soal tugas sangat keakuan. Lebih menyendiri. Sebaliknya, dalam soal gosip panas, mengumpat, berita tergempar, khabar angin dan sewaktu dengannya sangat cepat merebak. Biasalah, sudah saya katakan tadi kan. Ia ibarat kotak. Tidaklah kekotakan sangat. Ia mirip dalam cangkir. Ya, lupa saya mahu beritahu di planet ini banyak cangkir, pinggan mangkuk, mangkuk tingkat, mangkuk hayun, senduk, sudu, garfu, pisau, parang, alas pemotong, penghiris sayur, penapis dan sebagainya.

Baiklah, apa yang saya cerita di sini tolong jangan sampaikan pada orang lain atau orang di luar planet ini. Syyy... Sebab ini SULIT dan rahsia tau. Lagi pula, ambion di planet ini hanya dalam cangkir kan. Sekali ribut. Habis! Pusing-pusing ke situ juga. Pusing-pusing kepeningan kita. Kemudian. Cerita dari mulut ke mulut sangat cepat. Lagi-lagi mulut yang bau bangkai. Cerita baik ditambah-tambah bukan lebih manis. Malah jadi masam dan pahit. Ada yang bertanya, ada air ke dalam cangkir tu? Kalau ada, air apa? Dalam cangkir tu tiada air. Kosong. Yang ada udara. Sesekali menjadi angin. Atau bahasa sains disebut oksigen. Angin itu bertiup kencang jadi macam ribut. Ribut dalam cangkir tertumpu dan pusing di situ saja. Sudahnya cangkir tadi pecah. Serpihan pecahan itu terkena pada orang lain. Lalu luka. Luka yang sangat dalam. Luka di tangan orang nampak. Luka di hati? Kau fikirlah sendiri.

Kemudian, ada yang bertanya cangkir tu kaca ke? Ya, cangkir itu kaca. Boleh juga dipanggil 'cup'. Masalahnya banyak 'cup' yang jenis sintetik. Dan mengandungi melamin. Cantik saja pandangan mata. Tidak disimpan betul-betul akan pecah berderai dengan sendirinya. Adoyai.. Nak buat guano. Ribut di cangkir cuma. Takkan nak lapor pada polis kot. Pak polis pun banyak kerja lain nak buat. Kemudian, ada yang bertanya lagi, Pernahkah anda mencarum dalam KWSP? Nombornya? Bila mula mencarum? Alahai... Pencarum dah mula mengeluarkan carumannya untuk dibuat berjoli. Haha!


.

1 comment:

paiseh said...

aaarrgghh..!!!! gua mangsa cereka songsang.. sangat kontra isi dengan ending. pening~