2.2.09

Kek coklat

Seorang lelaki urban telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sepotong kek sempena hari jadi aweknya.

"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" Tanya si gadis manis berlesung pipit di pipi yang bertugas di kaunter kepada lelaki urban itu.

"Mmmm.., tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah," kata lelaki urban itu.

Keesokannya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada aweknya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan aweknya dan tetamu undangan yang lain, lelaki urban itu sangat terkesima ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS.
SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'



.
P/s : Entri ini untuk mengingatkan pada kalian bahawa Hari Jadi saya bakal menjelang tak lama lagi. Pada 9 Februari. Jangan lupa bagi atau pos hadiah dan kek untuk saya. Saya hanya berpesan-pesan pada jalan kebaikan. Manusia kan mudah lupa.

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEkutuAN


.

4 comments:

addyaholix said...

nanti aku bagi kek dengan tulisan yang sama. auww

paiseh said...

bahgian bawah lu cantik tak? hahahaha..!!

Anonymous said...

hahahahahan.....lawak tul..ni salah menerima arahan atau salah memberi arahan??? huhuhu..moral of the story, 'lenkali cakap biar terang'..hahahahha..lawak tul la..

Anonymous said...

aku tidak boleh tahan baca entri ini, aku gelak berkali2..peace kepada awek....

selamat hari jadi encik attoch...yang tidak pernah tua di bahagian bawah..hehehe