3.2.09

Planet asing

Kepada penghuni planet WhyDee

Tanggal ini. Gua berada di planet lain. Gua pun kurang pasti nama planet ini. Sangat asing bagi gua. Dan gua rasa seperti alien. Walaupun gua tidak mengalirkan air mata. Meninggalkan planet yang satu lagi iaitu planet WhyDee. Hati gua luluh tau. Bukan. Bukan sebab gua meninggalkan orang yang gua cinta. Ya, gua pilu sebenar-benarnya. Bila gua cakap begini, hah mulalah lu pulak menuduh gua berlakon, bersandiwara dan hipokrit. Tapi, siapa yang tahu kan. Hati berada di dalam. Itulah saya sebenar-benarnya. Sesungguhnya, muka gua je nampak macam gangster pecah rumah dan kaki pukul macam nak mampos, namun gua punya hati yang lembut dan sensitif tau. Selain sayang pada isteri dan anak-anak. Gua sayang pada keindahan alam ciptaan Tuhan. Terumbu karang misalnya. Biasalah, orang seni. Dan barang diingat, gua peminat setia Elyana. Haha!

Selama hampir tiga tahun gua di planet WhyDee. Banyak benda yang gua pelajari. Contohnya gua belajar penggunaan saiz dan warna font yang sesuai dalam pembentangan. Tak kurang juga banyak benda yang gua lalui. Semuanya kool je. Salah satunya, gua kena naik tangga sebelum masuk ke sini. Mandur di planet WhyDee, cukup-cukup baik bagi gua. Gila bapak punya baik. Sehingga susah nak carik di planet lain. Lebih-lebih lagi di zaman pemerintahan kuku besi sekarang ni. Walaupun gua selalu kutuk-kutuk beliau. Bukan gua nak menjatuhkan air muka atau maruah beliau. Gua tidak punya niat lain. Hanya untuk bergurau senda. Lagipun, jarang gua bergrau dengannya. Asyik buat kerja dengan serius dan muka yang ketat. Apa barang muka ketat! Sekarang pun orang ramai dah sibuk keluarkan duit dari ASB masukkan ke Public Mutual. Sama jugak KWSP. Sorry, gua dah jauh tersasar.

Berbalik kepada isu tadi. Gua pun dah minta maaf kepadanya. Harapnya dia maafkan gua. Jika tidak, gua terpaksa jumpa dia di planet 'yang satu lagi'. Aduyai... Lu memang best la bos... Selain pandai buat lawak. Bos sangat sporting dalam aktiviti BBQ yang dianjurkan oleh siswa-siswi pointer sederhana. Tapi, sosej tu tersangat hitam legam.

Jadi, kepada penghuni-penghuni planet WhyDee. Gua harap, kalian buat seperti seolah-olah tiada apa yang berlaku. Buat biasa-biasa je. Ibarat membujur lalu melintang patah. Tiupan angin terasa menyapa di bahu. Tiada kocakan dan percikan apabila membaling batu di sungai yang mengalir jernih. Ibarat tiada perang di Gaza. Tiada penurunan harga kereta. Tiada kenaikan gaji secara mendatar. Itu je. Seperti biasa.

Kepemergian gua tiada memberi impak maksima sangat pun. Cuma, pesan gua. Jangan gaduh-gaduh. Jangan ada iri hati, berprasangka, berprejudis, bermain kata-kata manis dan nista, melontar janji-janji manis, tikam belakang, pemikiran negatif, mementingkan diri sendiri, talam dua muka, bermasam muka, tidak bertegur sapa, berpura-pura dan hipokrit. Ah, banyak lagilah kalau gua nak sebut satu persatu. Tapi, gua percaya itu semua tidak ada. Gua yakin ini semua syaitan yang punya.

Kalian bersatu dan bekerjasamalah dalam memajukan persekitaran planet kalian sendiri. Kalau kalian berlainan pendapat sekalipun, buat satu resolusi dan keputusan yang dipersetujui bersama pada akhirnya. Hormati sesiapa saja. Tak kiralah apa latar belakangnya sekalipun. Kalau latar belakang gelap, gunalah tulisan terang. Itu saja. Sepotong puisi untuk kalian.

Perkemaskanlah bahtere kaliang
sebak samudera yan dilalui amat dalann.
Ombak beso, Laukk hok Chine Selatang.
Perbanyakkanlah amalang kaliang
sebak perjalanang ini amak panjann,
ikhlaskang amalang kaliang
kerane pencatat di kiri dang kanang melakukang perkiraang.

Sekiang,


Wasiat Ahtok,
Dari Planet DBPJ
(Gua baru jumpa nama planet ini setelah dimaklumkan oleh penghuni di sini)


Kepsyen : Ini bukan planet yang dimaksudkan. Tapi saya bersama penolong pengarah planet Bumi hadhari campur bestari. Wallau weii... Nasib baik saya tidak terlantar di pesisir air.


.

2 comments:

ha_si_na said...

moga2....planet baru anda lebih indah dengan cahaya bulan...

Anonymous said...

SEMOGA CAHAYA BULAN YANG PENUH AKAN SENTIASA MENYINARI SETIAP RERUANG KEGELAPAN YANG WUJUD DI PLANET BARU ANDA..TAKBIR...