20.12.07

Qurban

Tahun ini Raya Qurban disambut di kampung sebelah awek aku. Apa yang kami korbankan?

Koma.

Sebelum tiba di kampung kami singgah di klinik kerana Fifah demam. Fifah adalah anak bongsu kami setakat ini. Badannya panas. Sebelah malamnya, badan Fifah bertambah-tambah panas sehingga suhunya mendadak tiga puluh sembilan darjah celcius. Dia batuk-batuk dan muntah-muntah. Badannya lemah dan lesu. Banyak air yang keluar dari mulut dan hidungnya. Aku syak dia dah banyak kehilangan air. Matanya yang bundar menjadi kuyu dan cengkung. Kasihan aku melihatnya.

Noktah.

Esok, kami pergi ke klinik semula untuk jumpa doktor semalam. Dr. Kiru namanya.

"Woit, kenapa awak datang lagi?" Dok kata.
"Badan anak kami semakin panas dok" (bunyinya macam anjing pulak! Tapi dia senyum tak marah).
"Okey takpe, Kasi bukak itu dia punya pampers," dok kata.

Sejurus selepas Fifah menonggeng dan pampers dibuka. Dia mengentutkan Dr. Kiru. Alahai, Dr. Kiru kena kentut dengan anak kami kerana nak sumbat ubat dalam punggungnya. Aku dan awek aku menahan gelak.

Noktah.

Masuk hari ketiga, kami bertambah risau kerana Fifah tak semakin sembuh. Kerap muntah apa yang dimakan. Badannya semakin tak bermaya.

Koma.

Kemudian, mak (kau sebut mak mertua) mencadangkan mandi air kelapa muda. Sapu daun kapal terbang yang dilumat dengan kunyit di bahagian dadanya. Banyak petua mak.

Kami ikut saja. Usaha itu kan tangga kejayaan.

Nampak ada kurang sikit. Tapi masih muntah-muntah dan keluar kahak yang banyak. Batuknya semakin kurang. Sudahnya, mak jemput Dukun datang ke rumah untuk dimandikan dengan air limau purut yang dijampi-jampi.

Koma.

Semakin kurang panasnya. Semakin bertambah seleranya. Tapi pagi-pagi dia batuk tahap kritikal. Sekembali dari kampung kami jumpa pakar kanak-kanak dan menanyakan masalah yang dihadapi oleh Fifah. Menurut doktor perempuan itu.

Aku rasa dia ada darah keturunan Jawa. Dr. Wong namanya. Tiada apa cuma batuk biasa yang mengakibatkan tekakknya sedikit bengkak. Jika tidak juga pulih, dikhuatiri asma. Kami diberi ubat selsema, buang kahak dan ubat batuk.

Semoga Fifah sembuh dengan kadar segara. Badannya semakin susut nampaknya. Inilah pengorbanan masa, waktu, tenaga dan wang ringgit yang kami lakukan untuk anak kami yang bongsu setakat ini.

No comments: