10.12.07

Sampah


Hari ini, saya nak bercakap pasal sampah. Tapak pelupusan sampah di kawasan kajian yang kita suka dah nak penuh! Perlu kena ada satu tapak baru untuk menampung sampah-sampah yang baru dan yang semakin kian melambak-lambak di buang oleh masyarakat pada masa mendatang. Kerana tapak ini akan penuh dalam 2-3 tahun.

"Perlu ke kawasan kajian yang kita suka ada satu tapak pelupusan sampah yang baru? Dah lah kawasan kajian yang kita suka ni kecik!" tanya tuan haji.

"Tak boleh kita buang atau eksport ke tempat lain? ke Jepun ke, Indonesia ke, Singapore ke.." tambah tuan haji lagi.

Ahli mesyuarat tingkap takde respon. Diam membisu.

Dalam sembang-sembang pasukan kajian semasa makan tengahari. Ramai yang bersetuju untuk mengatasi masalah sampah ada dua alternatif saja selain jangan buang sampah. Satu : cadangkan incenarator. Dua : Program kitar semula. Siapa yang mahu terima sampah dari orang lain!

"Di Eropah, sampah-sampah dikutip mengikut kuantiti yang ditetapkan mengikut pengasingan sampah saja dan ada masa-masa tertentu untuk mengutip kertas, plastik, kaca dan sebagainya. Katakan satu orang satu beg. Maka satu beglah orang itu kena buang. Jika lebih sampah akan dipulangkan kembali. Dan jika pada hari itu adalah masa mengutip kertas dan sisa makanan. Buangan lain tidak akan dikutip. Itu di Eropah. Ya, Di Eropah.." terang Mr. IA

"Kalau kita buat di Malaya. Sampah akan dibuang ke rumah jiran pula. Lagi berat! Bukan boleh percaya. Lagipun di Malaya, sampah kita berbeza. Banyak yang basah dari yang kering. Meraka di sana, beli ikan, dah siap potong tinggal masak je. Lagipun singki rumah kita tak dilengkapi mesin 'grinder' untuk menghancurkan sisa." terang Mr. ETS.

"Jangan buang sampahlah!" tegas Mr. A

"Orang akan tetap buang sampah juga... Sebabnya, mentaliti..."

Perbualan kami tak habis-habis diselang-seli hilai tawa dan kepulan asap rokok. Sambil melihat view ke laut. Sudahnya jam pukul 2.30 petang. Woh! Mesyuarat dah mula. Kami meninggalkan meja bulat dengan beberapa helaian tisu dan puntung rokok. masuk ke bilik mesyuarat yang sejuk giler! Kami yakin semasa meninggalkan meja bulat tadi, kami tak tinggalkan sampah.

No comments: