Satu mesyuarat yang memakan sehari itu, saya kesejukan di bilik Ballroom. Dah memang jadi kebiasaan, kalau sejuk-sejuk begitu selalu sangat bocornya. Itu normal bagi lelaki dan abnormal bagi wanita. Kalian faham-faham ajelah, tandas di hotel kadang-kadang boleh tersilap masuk kerana simbol lelaki dan wanita yang direkabentuk hampir-hampir sama. Lagipun pintu masuk dibuat satu, kemudian baru berpecah haluan lelaki dan wanita. Nasib baik saya tak tersilap masuk ke tandas wanita hanya kerana tersilap tengok simbol. Kalaulah saya tersilap, rezeki bagi saya. Manalah tau terpandang wanita bukan Islam kencing berdiri. Hahaha...! Sebenarnya bukan ini saya mahu cerita.
Mesyuarat yang satu lagi juga memakan masa satu hari. Di tengah kota Bandaraya Kuala Lumpur yang kita cintai. Kali ini hanya dengar dan menumpukan perhatian saja. Tak payah nak buat apa-apa. Kalau makan kita pergilah makan, kalau minum kita pergilah minum. Kena pula Hari Jumaat, punya masa rehat yang singkat untuk makan tengahari. Nasib baik boleh sambung makan lepas solat Jumaat. Aduhai, sedapnya! Bos ajak balik awal takut terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Aku kata, kita bedal minum petang yang disediakan dululah. Dia kata, tokseh! Sudahnya, kawan Bos nak jumpa petang itu maka tak bolehlah dia balik awal. Huhu... Dan aku dapatlah minum petang dengan juadah yang disediakan. Isi ketam digoreng bersama tepung dengan penyepit ketam menjadi tempat pemegangnya, dicecah dengan sos. Itu yang aku dapat terjemahkan antara juadah yang disediakan. Aduh! Sepit ketam sangkut di bibir bahagian dalam. Khusyuk menikmati juadah.
1 comment:
Ini mesti mesyuarat bersama Perunding... anjuran JPBD di Hotel Crown Princess. Tapi kenapa perunding kebanyakan diam jer.. U all setuju ker dengan kadar month man atau pendekatan baru? Taklimat ini macam boring sikit. Kenapa penting sangat cover yang menarik tanpa kaji macamana nak buat kandungan report tu lebih menarik, mudah faham dan boleh dilaksana.
Post a Comment