16.12.07

Umpan memancing

"Itu jam punya, saya selalu pergi mancing. Ada satu kali, saya duduk dekat dua jam mau pulang. Kawan kata dudok lagi satu jam. Saya dudok. Saya campak lagi jauh itu mata kail umpan katak. Lepas itu, saya dapat rasa ada berat. Dapat punya. Saya tarik itu kail. Saya tarik. Saya tarik lagi... Ada sangkut juga. Saya lepas, tarik lagi. Saya main itu joran. Saya lepas tarik lagi. Saya tarik. Dapat! Abang ingat ikan apa saya dapat?"

"Entah"

"Tangan orang bang! Tangan orang sekerat sudah kena potong. Terus saya dan kawan cabut itu jam kalu... Terus report polis. Tak mau datang lagi. Banyak takut woo...!"

"Pergh!"

"Saya kecik-kecik dulu biasa masuk itu estet kelapa sawit. Dulu pun ada duduk itu estet. Itu jam, saya dudok Ayer Molek, Alor Gajah, Melaka. Suka mancing itu jam. Biasala, budak-budak. Saya pasang itu umpan katak. Saya baling ta'da. Saya pasang lagi, saya baling ta'da lagi. Saya heran! Kawan saya toleh belakang dia nampak itu ular. Saya toleh, saya terkejut wo... Ular sawa berdiri kepala besar. Kembang wo. Ini macam. Nasib baik saya hidup lagi bang. Itu kawan saya baca semayang punya kalu. Ular lari. Saya demam wo. Gigil badan."

"Kenapa U demam?"

"Itu bapak saya, balik rumah tanya sama saya. Apa awak nampak sampai ini takut tak boleh cakap?"
"Besar punya"
"Apa awak nampak?"
"Besar pa."
"Apa?"
"Besar..!"
"Apa itu besar?"
"Besarrrr!!"

"Saya tak boleh cakap itu ular. Saya cakap nampak besar. Tiap kali saya jawab besar saya kena tampar. Saya demamlah!"

"O, U demam kena tampar bukan kerana badi ular. Hahaha..."

"Iyala..."

"Oi, itu U cerita tadi, ada buat itu wiring kan Boleh tengok itu lampu ada rosaklah. Kasi baiki.."

Aku terpaksa melayan India ini beberapa jam kerana menunggu kawannya yang membaiki rumah orang lain setelah habis rumah aku dibuat sepah dan habuk-habuk akibat kebocoran tandas. Binawe!

Umpan yang aku guna mengena juga. Walaupun India itu lebih pengalaman memancing dari aku. Dalam hati aku.

"Abang, itu air sejuk ada."
"Abang rokok sebatang... Sorry ar bang! Baru sedap bang itu borak-borak minum air isap rokok." sambung dia lagi.

Ceh! Rupanya aku kena akur, umpan dia lagi dahsyat. Umpon celup tepung!

No comments: