Di tanahair kita, ramai yang suka buat persiapan di saat-sat akhir kan? Saya tak tahulah di tanahair orang. Tapi, di tanahair kita ya. Contohnya persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri.
Jarum panjang berdiri tegak di nombor dua belas. Jarum pendek di nombor sembilan. Ek eleh, cakaplah pukul sembilan pagi. Saya bergegas ke Bank cap harimau berhampiran. Hajat di hati mahu tukar duit tiga ribu Ringgit Malaysia. Bersekali ambil sampul duit rayalah kononnya. Biasalah bank. Tentu ramai. Tapi kali ini luar biasa ramai. Angka giliran saya yang sifar sifar enam sifar. Sedangkan saya masuk tadi nombor yang dipanggil baru masuk sifar sifar dua sifar.
"Dah habis...Habis!" kata pakcik itu keluar dari bilik di dalam bank cap harimau pertukaran duit raya sambil menunjukkan isyarat tangan dan menggelengkan kepala kepada rakannya.
Semua orang yang memerhatikannya jadi panik. Huh! Dah habis. Punyalah ramai orang beratur menunggu. Maklumlah hari ini hari terakhir bagi kebanyakan orang ramai. Maksud saya, orang kebanyakan seperti saya. Baru masuk angka sifar sifar dua lapan dah habis. Semua orang jadi terpinga-pinga. Itulah, tukar di saat-saat akhir. Ada suara-suara kedengaran dari belakang.
"Apa yang dah habis pakcik?" Brader itu menanyakan pakcik itu sambil mencuit bahunya.
"Sampul. Sampul duit raya." pakcik itu menjawab sambil berlalu di celah-celah orang ramai.
Laaa.. Keluh orang ramai yang menyangka duit raya yang dah habis. Rupanya kekesalan pakcik itu lebih ketara lagi rintihnya apabila sampul duit raya yang habis.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Segala khilaf dan salah saya mohon kemaafaan. Salam lebaran. Jemput datang ke rumah ya. Tahun lepas saya ada bagi alamat di dalam blog ini. Malaslah saya nak tulis lagi. Tapi yakinlah saya ikhlas menjemput.
Nota : Penulis bercuti bermula pada 11-21 Oktober 2007. Hooray!
No comments:
Post a Comment