26.5.11

Kalau kita tidak fokus. Apa pun tak boleh. (part I)

Kita jangan sekali-kali angkuh dan bongkak walaupun perkara itu dah biasa kita buat. Kita juga jangan mendabik dada sekalipun kita ada bulu dada. Atau dada kita bidang. Waima ada bonjolan sekalipun. Kita ambil sikap sederhana saje. Buat macam tak ada apa-apa berlaku.

Suatu pagi, gua terlalu sibuk dengan urusan-urusan duniawi. Gua juga terlalu banyak benda-benda yang hendak difikir dalam kotak pemikiran gua. Sampai rambut pun naik serabut.

Seusai menghantar awek gua ke hospital untuk bersalin. Gua bergegas ke rumah pula untuk ke pejabat dengan kadar seberapa segera. Maklumlah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tak boleh. Mulanya gua rasa lega sebab mahu hantar anak-anak ke Taska yang tak berapa friendly sangat. Tapi, mereka tak mahu dan berkeras mahu ikut gua ke pejabat yang gua sayangi. Makanya, gua terpaksa memandu kereta berbanding menunggang motosikal pada hari-hari sudah.

Dalam perjalanan gua ke pejabat, dalam perut kereta kedengaran mereka kegembiraan macam nak pergi ke Taman Tema. Walhal, mereka tak tahu gua menempuh kesesakan lalulintas yang amat dahsyat. gua rasa sedikit tertekan ketika memandu. Sila-silap kalau ujian memadu ni boleh jatuh gagal dibuatnya.

Gua teruskan pemanduan. Dalam pada itu, gua terfikir bagaimana awek gua di hospital. Bagaimana kerja di pejabat yang tak putus-putus. ikan-ikan di rumah, pokok-pokok yang tak disiram. Porak peranda dibuatnya. Ditambah pula dengan SMS masuk dan panggilan masuk bertalu-talu dari tadi.

Lalu, sebelum pintu tol, gua ambil lorong paling kiri. Damn! Gua dah masuk lorong motosikal. Baru gua sedar. Itupun gua dah separuh jalan yang jalannya semakin sempit. Gua pandang cermin belakang. banyak motosikal berhenti dan tersangkut kerana kereta gua menghalang laluannya. Ada yang geleng kepala dan ada yang buka topi keledar menepuk dahi mereka. Aarrrgghhh!! Gua relax. Dapat kawal situasi. Gua ambil keputusan kalau gua teruskan perjalanan. Kereta gua tak muat sebab devider jalan makin kecil dan meninggi. Jadi, gua ambil keputusan ke lorong sebelang kanan iaitu masuk betul-betul di penghalang laluan tol. Gua pulas stereng dan kereta gua sedikit tersangkut.

Jeng jeng jeng, kereta gua dapat selit sebelah lori yang sedang membayar tol. Gua selamat mencelah. Gua tak payah bayar tol! Hahaha, hari itu gua jimat membayar duit tol. Kah kah kah kah....

Kita jangan sekali-kali angkuh dan bongkak walaupun perkara itu dah biasa kita buat. Kita juga jangan mendabik dada sekalipun kita ada bulu dada. Atau dada kita bidang. Waima ada bonjolan sekalipun. Kita ambil sikap sederhana saje. Buat macam tak ada apa-apa berlaku.


.

No comments: