7.4.07

Once upun a time...

Iqah umurnya 2 tahun lebih. Lebihnya tu aku malas nak kira. Aku tahu dia akan kira umurnya sendiri bila dia dah besar nanti. Pengalaman menjadi seorang ayah memang lain-lain di kalangan kita kan?. Ada unik tersendiri dan lucu yang berbeza.

Aku seorang ayah. Oh ya, lupa pulak aku ni ayah. Pertama kali mengajar si Iqah membuang air kecil dan air besar cukup melucukan. Kalau kita tak ajar ini, anak kita akan kencing dan berak hanya apabila dia memakai pampers. Sebab selama ini dia memang kencing dan berak di situ. Sejak kecil kita asyik tukar saja pampersnya tanpa meberitahu dia. Sebab itu, kita dapati apabila kita tukar pampers yang baru untuk anak kita, barulah dia mahu berak atau terberak atau dia selesa berak di pampers baru. Maka, kita pun naik geram dan hilang sabar.

"Eeeee... Geramnya aku, dah tukar pampers baru nak berak!"
Kita marahkan dia. Atau hati kita panas. Atau kita hilang sabar.

Kita tak boleh salahkan dia seratus peratus. Kita juga terlibat dalam soal ini.

Ada satu kes, anak jiran kampung. Anaknya, tak tahu nak buang air kecil dan air besar cara biasa. Setelah dipakaikan pampers baru dia boleh melakukan qada' hajat. Pelik kan? Apa yang nak dipelikkan. Sebab didikan awal mungkin tak diberi kepada anak tersebut. Yang dia tahu, kencing dan berak di pampers. Sebab itu, melentur buluh biar dari rebungnya. Ia makan masa, namun lama-lama ia berjayalah. Selepas itu, kau akan tersenyum kerana dia dah mengerti membuang air kecil dan air besar.

Lain pula dengan si Iqah. Untuk pertama kalinya dia tidak dipakaikan pampers dan dia diminta untuk memberitahu jika dia hendak buang air kecil. Maka, petang itu, dia tidak dipakaikan pampers sebaliknya hanya memakai seluar kecik. Dan bermain-main di luar rumah bersama ibunya.

Tiba-tiba...
"Bu... bu... Ni ape ni?" dia bertanya pada ibunya yang sedari tadi duduk di bangku luar memerhatikan pemandangan di luar sambil menghirup udara segar.
"Ni ape ni...?" sambil dia mengelak-elak air yang keluar membasahi punggungnya dan tempat duduknya.

Kikikiki... Ibunya gelak.

Hah. Tengok! Dia dah belajar sesuatu. Hari pertama dia belum kenal air kencingnya sendiri yang mengalir keluar. Ini proses pembelajaran bagi dia.

Kah kah kah... Ibunya tergelak mentertawakannya.
"Mari sini.. Itu air kencinglah sayang...Iqah dah kencing, basahlah... Jom kita cuci..."

"Bertuah betul anak kau ni, gitulah kalau tak diajar. Sekarang, dia dah faham. Nanti dia taulah..." kata neneknya merangkap mak mertua aku.

Itu kes pertama.

Kes kedua pula, pertama kali dia dilepaskan tanpa pampers untuk buang air besar di bilik air. Kau bukan tak tahu, puteri sulung aku ni takut kucing. Asal datang kucing mengiau, mulalah dia takut dan lari mendapatkan ibunya. Belum lagi anjing atau katak. Lagi dia seriu berlari tak jejak bumi.

Satu hari, Iqah nak mandi pada siang tengahari yang panas. Ibunya pun membuka pampersnya dan menyuruhnya pergi ke bilik air. Dia bertelanjang bulat. Ibunya masuk ke dalam.

Beberapa minit kemudian.

Iqah berlari masuk sambil menangis. Ibunya ingat dia takutkan kucing agaknya. maklumlah, rumah neneknya banyak kucing miang.

Rupanya, dia terberak. Dia takut tengok tahi dia sendiri. Maklumlah, baru pertama kali tengok. Iqah iqah... Ha ha ha.. Ayah pun ikut tergelak.

Tak apalah Iqah. Lama-lama Iqah pandai membuang air kecil dan air besar sendiri. Iqah kan budak pandai... Ayah tahu Iqah boleh, cuma kadang-kadang Iqah manja sangat dengan ibu kan? Sekarang, Iqah dah tahu air kencing dan tahi sendiri kan? Itu najis tau?

Nanti. Tunggu. Iqah dah baligh, ayah ajar dan perincikan najis-najis yang ada di dunia ya. Termasuk najis dadah.

No comments: