11.9.08

Kemuliaan Ramadhan

Gua mula-mula nak puasa, tiada seorang pun datang memaksa suruh berpuasa. Gua sedar sendiri. Atas kesedaran gua sendiri. Petunjuk tu datang masa gua tidur, lepas bangun ada basah sikit. Dari situ gua rasa lainnya. Gua syak itu tanda gua dah baligh. Lepas je gua masuk akil baligh, datang bulan Ramadhan gua terus puasa. Tak tunggu lama. Tak payah tunggu ujian urin. Gua kata, itu dah jadi tanggungjawab gua untuk memenuhi rukun Islam. Tapi, sebelum baligh lagi gua dah amalkan puasa sekerat-sekerat ni. Puasa yang yok, diorang kata.

Tapi, korang faham-faham sendiri la kan. Pertama kali berpuasa takkan boleh lengkap sebulan. Mesti ada lopong sana, lopong sini. Kalau puasa penuh sekalipun bukan gua dapat duit juta-juta. Atau gua dapat hadiah kereta control. Paling kuat, gua dapat pahala. Itu lagi bagus. Sebab gua berpegang pada pahala tu la, gua tak banyak ponteng puasa. Kena pulak macam gua ni, iman bukan tahap tinggi stended kiyaii atau wali. Letak gadis telanjang bulat depan mata adanya nak tutup mata. Lagi suka ada. Kah kah kah! Makanya, gua belum boleh dikategorikan iman yang tinggi la tu. Itu baru cakap soal amalan. belum cakap soal dosa. Entah berapa banyak dosa-dosa gua, tentu tak sama dengan dosa ahli sufi. Atau dosa mufti-mufti.

Pernah satu hari gua puasa. Hari tu tersangatlah panas terik nak mampos. Mengalahkan suhu dalam ketuhar gelombang mikro paling maksimum. Kena pulak hari sekolah. Lepak beb! Tiap-tiap kali tengok jam. Afsal la jam ni lambat sangat. Salahkan jam. Alahai... Gua kata dalam hati, mungkin ni ujian untuk gua. Datang ujian baru teringat Tuhan. Ceh! Sebab hari tu panas sangaaaat. Tekak pun dah rasa dahaga sangat. Masa zaman jahiliah gua, sampai sekolah diorang cakap telan air liur batal puasa. Maka asyik meludah je setiap setengah atau suku jam. Padahal, tak perlu pun. Sebenarnya yang membatalkan puasa apabila memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Ilmu dah tinggi sikit, asal nampak kawan masukkan tangan sikit dalam hidung sikit cakap arrr, batal puasa! Eeee.., korek hidung. Tak puasa! Haha. Jauh menyimpang dah ni.

Berbalik kepada panas terik tadi. Balik sekolah jalan kaki. Berkilometer jauh. Sampai rumah lepak. Gua dah tak boleh tahan. Dah la masa balik sekolah tadi nampak apek jual aiskrim calong Gila kau, tekak tengah kering. Terliur beb nampak aiskrim calong. Kemudian. Sampai rumah, gua pergi dapur secara senyap. Gua serang hendap. Tengok bawah tudung saji. Kalau-kalau ada pizza ke. Ikan goreng ke. Apa sajalah yang boleh jadi pemuas nafsu lapar ni. Gua tengok kiri. Gua tengok kanan. Takde orang. Pergh, bila gua buka tudung saji tadi. Nafsu nak batal puasa makin menjadi. Padahal, masa tu takde setan. Entah siapa yang hasut gua. Sampai sekarang gua musykil. Gua jenguk, fuh..., ada ayam goreng ala-ala ayam resepi KFC. Teruja beb. Warna dan tekstur ayam tu dah menyelerakan. Apatahlagi rasanya. Gua hulur tangan nak ambil seketul. Mak aaiii..., aroma dia punyalah membangkitkan hawa nafsu. Tiba-tiba...

Kedekang! Meow.. Meow..., kucing melompat dari atas kekisi dapur terus ke meja makan depan gua. Terkejut gua! Tak semena-mena, tudung saji terlepas dari pegangan. Bunyi bising kedengaran kat dapur. Mak gua pun syyyyuuuhhh... ssssyyyuuh..., apa kucing ni nak lagi... Gua pun tak buang masa. Terus seludup bawah meja makan. Takut kantoi, gua tunggu lama sikit. Kemudian, kucing tu boleh ikut gua gesel-gesel badan kat gua. Kalau senyap takpe. Bunyi pulak tu. Gua pun bengang! Terus gua bangun. Gedebang! Kepala gua terhantuk meja makan. Patutnya gua sakit bukan kepalang. Tapi, sikit pun gua tak rasa sakit.

Lihat! Betapa mulianya bulan Ramadhan. Hasil atau habuan bukan yang kita cari tapi kita mesti tahu dan arif apa yang kita buat. Baru dinamakan manusia berilmu. Bukan robot.

7 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

salam ramadhan,

pentingnya berilmu. kerana ilmu itu pengawal pintu akal...

tasekM said...

kucing tu penyelamat lu. kalau mak lu tanya mana ayam bawah tudung saji. lu cakap kucing makan. ha ha.

kamar hati said...

uiksssss...macam2 betul la... (",)

fadzil hafiz said...

pandai ko serang hendap!!so akhirnya ko mkn x ayam grg tuh??(dah tahu jawapan...)

jagoan said...

al-bima Sakti,
Nasihat bagus. Saya ambil.

Tas,
Haha! Kucing tu kepala hitam.

Kamar,
Betui betui betui kata Ipin

Padel,
Niat gua tak kesampaian.

Mak Su said...

dosa mufti? ahaks

Anonymous said...

Bersimpangsiur ko tembak.

Pakai peluru penabur ke?