24.9.08

Ayat tanpa insurans

Saya memandu kereta saya Caldina Turbo. Ingin ke pejabat pagi yang berkabus itu. Dalam pemanduan yang sederhana lajunya itu, selepas melepasi lampu isyarat. Kereta saya mengekori belakang lori, cuba curi angin. Entah berapa tan lori itu saya kurang pasti. Kemudian, sebiji batu besar bukan dari jenis batu nisan telah melantun dari lori itu terkena cermin hadapan kereta saya. Saya syak juga bukan batu lesung. Mungkin dari jenis batu sungai. Ya, batu sungai barangkali. Maka, saya termencarut dan termaki hamun lori di depan saya kala itu. Cermin hadapan kereta saya mengalami perpecahan yang teruk. Perpecahan ini mengakibatkan saya tidak dapat meneruskan perjalanan ke pejabat. Sebab semua orang tahu, perpaduan asas kejayaan. Perpecahan asas kemunduran. Nasib baik, di kala itu, pemandu di dalamnya tidak mengalami kecederaan. Hanya sedikit terkejut. Dan sedikit sakit. Sakit hati. Kemudian, saya membuat pusingan U untuk berundur lalu pulang ke rumah. Kan saya dah kata, dah pecah maka kena undur.


Nota : Saya dipaksa rela untuk mengarang ayat-ayat cinta. Kalau tidak syarikat insurans buat bodoh je. Kemudian, saya rasa berdosa. Lepas raya nanti saya nak pergilah ke syarikat insurans tu meminta maaf. Sebab di akhirat nanti tiada kaunter insurans disediakan. Sungguh!


.

3 comments:

fadzil hafiz said...

baguslah klu ko da insap!!!bertobatlah....

Mak Su said...

sgt sopan santun entry anda, w/pun sakit, sakit hati ek.

hafiz said...

apa yang berlaku adalah takdir. mudahan dikurniakan pahala atas kesabaran anda kepada batu yang melantun ke chermin kereta anda. maka di pagi berkabus itu, telah tercatit sebuah peristiwa. dan, biarkan saja ia tersimpan di dalam memori...