.
Aku mula berjinak-jinak untuk membuat slaid pembentangan menggunakan perisian power point semasa di IPTA. Memenuhi pembentangan projek subjek studio perancangan bandar. Cuba belajar sendiri butang-butang yang ada di perisian tersebut. Aku ulang, butang. Jangan salah. Aku tak pernah pun dapat latihan secara formal buat ni. Mana sahabat yang latar belakangnya ayahnya menghantar anaknya bermain piano mungkin pernah.
Satu hari kami dapat tugasan buat pembentangan secara berkumpulan. Setelah kerangka pembentangan dibincangkan, masing-masing memberikan idea untuk menyajikan slaid yang terbaik dan persembahan yang terbaik. Agih tugas. Adil dan saksama.
Keesokannya, slaid pembentangan sudah nampak bayangan kerangkanya. Apa yang tidak perlu dan apa yang perlu dilontarkan ketika pembentangan dibuat. Datang ahli kumpulan yang lain ditambahnya segala animasi, transisi dan bunyi-bunyian setiap slaid. Entah siapa punya idea memandai-mandai seronok tambah. Setelah digabung ada 58 slaid semua. Bangga mendabik dada semua sebab banyak slaid.
Ketika itu kami rehat secara bergilir sehingga larut malam. Bila larut malam tara kucha cha.. Kami balik makan dan berganti tempat secara berjadual. Rehat, borak dan makan sekejap. Dah macam kerja dengan kompeni Jepun. Geng pecah dua. Geng pertama dan kedua silih berganti gigih menyiapkannya. Beginikah kursus perancangan bandar? Dah buat kena bentang. Dah bentang kena komen. Dalam hati kecil aku berkata. Kecil hati aku berkata dalam.
Kami pancar ujicuba slaid sepintas lalu. Keluar aneka bunyi dan aneka animasi. Kami tepuk tangan. Semua butang yang disediakan digunapakai seoptimumnya. Jakun ya amat. Terbang dari atas, bawah, keluar sebutir huruf-huruf pun ada. Begini gayanya macam nak bentang kepada anak pra sekolah. Ini slaid untuk pembentangan untuk kanak-kanak spastik ke? Tanya kawan aku. Aku diam tidak menjawab sebab dia guna perkataan spastik. Kecil hati aku. Lalu, meneruskan tekan kawal slaid apa yang keluar. Sampai slaid ke dua puluh. Komputer heng sampai weng. Fail korup. Korup! Tanpa sandaran. Aku tepuk dahi. Rakan lain geleng kepala. Huh, semua mengeluh bukan tahu nak bersyukur. Slaid pembentangan kena dibuat semula dari mula. Buatlah sampai ke awal pagi. Rasa nak menitik air mata. Manakala selebihnya hanya jadi pemerhati dalam kemurungan seperti kematian kucing jiran. Ada geng yang pulang juga kecewa acahan. Lagi pula sebab tak ada kerja sangat katanya. Agaknya dia tak nampak kerja kena buat semula. Padahal umur masing-masing telah melebihi 18 tahun. Boleh masuk kelab.
Habis.

No comments:
Post a Comment