26.10.14

Menjunjung



Alhamdulillah... Syukur kepada Allah S.W.T. Kejayaan dan kecemerlangan saya ini yang pertamanya adalah hasil sokongan daripada isteri tercinta yang memahami karier saya. Beliaulah yang banyak menyokong dan menggeleng kepala apabila saya kerap pulang senjakala dari pejabat.

Saya banyak mencuri masanya dan masa bersama dengan anak-anak. Tapi, saya tidak abaikan masa kualiti bersamanya. Hari ini juga saya perlu luangkan masa untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke enam kepada anak saya yang kedua iaitu Nur Afifah Mahirah atau nama manjanya Fifah. Kita sambut hujung minggu ini ya. Semoga ini terbayar. Kepada ibu tercinta, beliau adalah pembakar semangat saya dan sumber inspirasi saya. 

Ini semua juga tidak akan tercapai tanpa kerjasama dan sokongan padu dari pihak pengurusan atasan dan kumpulan sokongan yang banyak membantu melicinkan urusan kerja seharian di mana semua itu tidak tersebut setiap satunya. Mereka sudah saya anggap sebahagian keluarga saya juga. Mereka saya ibaratkan akar kukuh untuk saya lebih konsisten dan berdiri teguh bagi memberi tahap perkhidmatan yang terbaik secara berterusan.

Ini juga menjadi batu loncatan untuk saya agar tidak pernah kenal erti putus asa. Inilah titik permulaan saya yang sangat muda dalam perkhidmatan awam. Dan jauh lagi perjalanan ranjau berliku. In sha Allah.. Sesungguhnya, mahu cemerlang itu lebih mudah dari mahu mengekalkan kecemerlangan. Banyak lagi yang saya perlu belajar dan tunjuk ajar dari semasa ke semasa. Terima kasih semua. Terima kasih.



No comments: