Pemaju dan perunding projek pembangunan yang tidak mematuhi laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) akan dikenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatory apabila Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dipinda tidak lama lagi.
Jika projek itu menjejaskan teruk alam sekitar, kedua-dua pemaju dan perunding mungkin menghadapi tindakan tegas termasuk denda dan hukuman penjara mandatori.
Kerajaan bercadang mewajibkan pemaju dan perunding membuat laporan EIA bagi semua projek tanpa mengira keluasannya serta bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian tidak diingini.
Selama ini, semua tuduhan dilemparkan kembali kepada JAS dan Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan projek, sedangkan tanggungjawab itu sebenarnya terletak pada pemaju atau perunding.
Huh, sudah terhantuk baru nak mengadah. Berikutan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan empat sekeluarga di Hulu Kelang masing-masing menuding jari menyalahkan sesama sendiri. Sibuk penyiasatan dilakukan kononnya. Siapa salah, siapa betul, siapa memulakannya... Siasatan tinggal siasatan tetapi tidak membawa sebarang perubahan. Pokok pangkalnya sikap. Tak belajar ke dari contoh teladan kronologi peristiwa tanah runtuh ini:
Highland Towers (1993)
Athenaeum Tower (1999)
Bukit Antarabangsa (2000)
Taman Hillview (2002)
Kg. Pasir Tambahan (2006) yang terkini.
Ini tidak termasuk kejadian tanah runtuh yang lain-lain.
Pandangan peribadi saya begini:
Laporan EIA disediakan bukan untuk menyelesaikan masalah atau membantu pemaju dalam usaha sebagai perunding cara tetapi hanya untuk sebagai keperluan perundangan dan bersifat melengkapi prosedur semata.
Laporan EIA tidak menggambarkan perincian sebenar implikasi-implikasi dari segi ekonomi, fizikal dan sosial secara terperinci, sebaliknya semua implikasi ini ada langkah kawalannya. Jika pembangunan itu benar-benar memberi impak yang ketara terhadap alam sekitar. Katakan tidak. Berlakulah adil, jujur telus.
Kapabiliti dan kapasiti pegawai JAS yang kurang dari segi kemahiran dan pengalaman untuk menjangkakan atau mengunjurkan kesan pembangunan berbanding hanya menyemak dan menyunting laporan dari segi tatabahasa dan kesalahan ejaan. Mudahnya JAS meluluskan EIA bagi projek di kawasan tanah tinggi ye... Belum cerita masalah pencemaran lagi... Fikirlah ye..? Agaknya cukup ke kapasiti dan sumber yang ada pada agensi yang berkaitan untuk memantau dan menangani masalah ini. Tepuk dada, tanya selera. Bagaimana sistem amalan sedia ada.
Undang-undang, garis panduan dan peraturan dah cukup mantap tetapi mana perginya pemantauan pihak berwajib. Tak buat kerja ke, tak cukup kaki tangan? Ke buat-buat pekak-pekak telinga. Atau menutup mata yang tak buta. Inilah yang membimbangkan kita. Mana kerjasama yang terjalin di antara PBT dan JAS. Nampaknya, kerjasama ini tidak kelihatan.
Laporan EIA hanya sebagai alat atau tools dalam memberi pertimbangan kelulusan. Budi bicaranya adalah bergantung kepada pihak pembuat keputusan (decision making) tanpa dipengaruhi oleh apa-apa unsur termasuk political will. Menunjukkan betapa tidak cekapnya pihak berkuasa keseluruhannya (bukan saja JAS) menangani masalah ini yang semakin menjadi-jadi.
Pemaju sudah tentunya bermotifkan keuntungan
Perunding sudah tentunya berkacamatakan imbuhan projek
Kontraktor sudah tentunya tidak mengenal batasan dan tidak menghiraukan bencana yang boleh belaku.
Pihak berkuasa sudah pastinya perlu bijaksana dalam memberi pertimbangan kelulusan.
Orang ramai sudah tentunya jadi pemerhati dan pencadang yang bijak.
Semua ini tanggungjawab bersama. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Apa yang lebih penting adalah iltizam dan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran ramai supaya lebih mesra alam dalam kehidupan harian. Alam sekitar milik semua dan perlu dilindungi oleh semua pihak, apatah lagi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan tersebut. Akhir kata, jadikan minda lestari dan mesra alam dalam segala tindakan kita dan amalan harian. Jangan kerana asap putih, hidup kita menjadi hitam belegam.
SELAMAT HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (5 Jun setiap tahun). Sudah lupakah?
No comments:
Post a Comment