Kanan
Kalau kau langkah kanan katanya ada untung, bernasih baik, bertuah, murah rezeki, dapat makan. Walau kau masuk dengan kaki kiri.
Orang lama. Lebih otai. Orang kuat kompeni atau bos digelar orang kanan. Orang yang boleh diharapkan. Kalau pelajar senior disebut pelajar kanan. Pak Lah dan Tun Dr. M mana yang kanan?
Kalau kau nak masuk masjid atau mana-mana tempat kebaikan. Mulakan dengan kaki kanan.
Kalau kau nak memotong kereta di jalan raya, ambil lorong kanan.
Jalan di Malaysia, bila ada simpang tiga tanpa lampu isyarat, agak sukar nak belok kanan.
Kalau nak tahu, di bahu kanan amalan kebaikan. Malaikat menjaga hal kebajikan.
Kalau kau rasa kau tak boleh nak handle atau cope. Banyak kerja. Ada satu tekanan pada kau.
Dulu, aku ada kawan nama Kannan a/l Subramaniam. Ada juga Wong Kah Nan (Orang Jawa kacuk Cina)
Kiri
Kalau kau berbaris, selalu kau dengar begini:
Dari kir, cepat jalan
Kiri, kiri, kiri kanan kiri...
Dari kiri hentak kaki
Dari kiri, nombor...
Jika kau guna tangan kir, namanya kidal. Macam Man Kidal
Kenderaan berat ikut kiri.
Kalau kau nak masuk tandas, mulakan dengan kaki kiri melangkah masuk.
Jika kau tersasar dari arus perdana atau menyongsang arus. Kau dikata berhaluan kiri.
Kiri dan kanan, Kanan dan kiri
Kalau di Johor, Ada satu tempat nama Skudai. Satu skudai kiri, satu lagi skudai kanan.
Kalau kau sampai Perak. Ada Botar Kanan dan Botar Kiri.
Kata orang, di kanan madu di kiri hempedu. Pilih yang mana satu.
Dalam permainan sepak takraw, ada apit kanan dan apit kiri.
Kalau kau lihat diri kau, biasanya yang kanan lebih besar berbanding yang kiri. Baik lelaki, baik perempuan.
Tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan lagi. Lintas...
Fuh kanan, fuh kiri. Berkat doa baginda Ali. Fuh kanan, fuh kiri, hilang gigi tinggal gusi.
Otak kanan, mengawal aktiviti kiri. Otak kiri, mengawal aktiviti kanan. Orang jarang guna otak kanan. Menurut kajian, otak kanan lagi berkesan kalau diguna.
Dalam huraian yang panjang. Aku nak sampaikan ini. Tangan kanan jangan percaya tangan kiri, luka tangan kanan kerana tangan kiri.
No comments:
Post a Comment