Penyediaan lorong belakang perlu dilihat sebagai satu keperluan ruang yang bersifat pelbagai guna (multipurpose) yang lebih praktikal. Sesetengah pihak menyatakan bahawa penyediaan lorong belakang adalah hanya sebagai memenuhi keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi tujuan keselamatan dan juga disediakan untuk laluan utiliti dan servis.
Di bandar-bandar kecil, terdapat penyediaan lorong belakang ini disalahguna oleh sesetengah pemilik premis perumahan, perkedaian dan perindustrian (bengkel) yang digunakan sebagai tempat pengumpulan sisa buangan, barang terpakai, penyambungan premis tanpa kebenaran dan sebagainya. Bagi bandar-bandar utama, lorong belakang di kawasan perkedaian dijadikan sebagai laluan pejalan kaki, lingkaran hijau, taman linear, kafe terbuka, laluan kutipan sampah, tempat letak kereta, mengangkut dan menurunkan barang.
Bagi kawasan-kawasan pembangunan di mana harga dan nilai tanah adalah sangat tinggi, penyediaan lorong belakang perlu dipertimbangkan semula dari aspek keperluan dan kelebarannya.
-------
LAWATAN TAPAK
1 comment:
Dibandar-bandar besar, lorong belakang adalah a social space. Tempat kupu-kupu malam dan doktor-doktor tak bertauliah.
Aku suka lorong belakang yang bersifat "square". Tempat kanak-kanak bermain. Dan komuniti kejiranan bertemu secara tidak formal.
Post a Comment