30.6.06

??

Entri ini diterbitkan atas dasar luahan hati kecil katanya. Katanya ada sedih, duka dan nestapa. Lebih kurang begini bunyinya.

Aku pemalas ke? Pemalas ke aku? Ke aku pemalas. Bukan. Aku bukan malas nak cari kerja. Kerja yang malas nak cari aku. Entahlah. Jangan pasrah. Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Positifkan dirimu. Suatu hari pasti tiba. Bisikan kecil ditelinga. Kekadang rasa bosan duduk dalam rumah. Nak duduk luar rumah pulak. Nasib baik ada buah hati pengarang jantung si kecil ni. Bisa membuatkan aku asyik tertawa. Seronok juga tanam anggur berbanding tanam tebu. Hampir masuk 3 bulan. Dah berbunga agaknya.

Kalau Pakwe aku outstation. Aku boleh balik kampung. Bertemu embah lanang dan embah wedok. Kesayangan aku. Akhir-akhir ni kesihatan mereka terganggu. Maklumlah dah berusia. Dapat juga aku membantu. Meringankan beban makcik aku. Menjaga mereka. Sekurang-kurangnya mereka tak kesunyian dengan kehadiran cucu dan cicitnya. Begitulah kalau dah tanam anggur. Mudah sikit. Hasilnya bukan lumayan sangat. Hari-hari aku buat kerja yang sama. Memanglah. Dah itu tugas aku. Memasak, mengemas, melayan si kecil yang comel dan tidur. Semua ibadah tu. Kalau aku bosan aku membaca. Baca buku. Jiwa kacau. Sesekali buka majalah lama yang tak sempat dibaca dulu. Faham sajelah perangai si kecil. Suka ambil apa yang orang pegang. Lebih rela aku pegang barang mainan dia. Bukan main suka lagi kalau aku melayan dia. Dia perlukan perhatian dan kasih sayang rupanya. Syukurlah aku upaya berikan padanya. Agaknya, ini hikmahnya.

Malam ni telatah si kecil membuatkan aku ketawa berdekah-dekah. Mana tidaknya dia berjoget mengikut rentak yang dimainkan oleh Pakweku merangkap ayah dia lah tu. Kalau rancak, gah lah dia menggoyangkan badannya. Begitulah sebaliknya. Cukup dengan gaya dan pakej yang tersendiri. Semacam menari Zapin lagaknya. Terhibur lihat telatahnya. Ya Tuhan. Inilah nikmat dariMu yang tidak terhingga. Kebahagiaan ini tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Tidak ternilai. Kalau ada. Belikan saya kebahagiaan boleh? Orang banyak duit tak senang nak duduk. Takut duitnya hilang dicuri orang. Adakah wang ringgit penting untuk mencapai kebahagian? Adakah tiada wang ringgit dapat mengecapi kebahagiaan?

Pagi-pagi makan bubur.
Makan bubur sampai berterabur.
Kalau suka tidur berdengkur.
Bakal cita-cita jadi penghibur

"Alo bos, ini lumah, sulah ale olang mau bili. Dia mau tengok ini lumah. You kasi bukak itu pintu hah." Tuan Rumah Cina.

Ya Allah, aku baru saja pindah. Takkan nak jadi kaum Nomad. Kabulkan permintaan aku agar mereka tidak jadi membeli rumah ini. Bukankah banyak lagi rumah di sekitar kawasan ini yang masih tidak berpenghuni. Kenapa mesti memilih rumah yang sudah ada penghuni.

Berperikebinatanganlah sikit. Bagi aku masa. Penat lama belum habis. Dulu kau sering telefon desak supaya beli rumah ini. Sekarang kau sudah tampal iklan RUMAH UNTUK DIJUAL. Suka hati kaulah ini rumah kau. Lagipun aku tak ingin nak beli rumah kau. Hanya menumpang di sudut dunia.

1 comment:

Anonymous said...

hello Mr. JOJO,
Pls email me the vedio for Laser Printer utilized
for PCB.

Also visit my page ... xerox phaser 8560 review