13.8.07

Sasaran

Awek yang aku suka sangat, sering menagih gelang tangan emas sempena tarikh hari lahirnya yang akan datang. Iaitu pada 19 Ogos yang jatuhnya pada hari Ahad. Aku memahami kerana awek yang aku suka sangat tidak boleh memakai material lain seperti besi ka, kuprum ka, aluminium ka, suasa ka, campuran zink ka, amonia teroksida ka atau mana-mana kumpulan logam dan bukan logam selain emas. Alergi dan gatal-gatal kulit katanya. Sebab itu aku risau kerana dari hujung rambut sampai hujung kaki aksesorinya emas-emas belaka. Lagipun aku tak mahulah awek yang aku suka sangat terkeruk-keruk macam beruk.

"Hari minggu kedai emas tak bukalah!" aku kata mencipta alasan.
"Eh, sape kata tak buka. Hari Ahadlah kedai emas tu buka." awek yang aku suka sangat menjawab.
"Apsal pulak?" aku balas lagi.
"Kedai Emas Hari-hari..." awek yang aku suka sangat mematahkan hujah.

Kalau dari awal sudah meletakkan satu sasaran. Fikiran kita akan ke arah sasaran itu dan lebih terfokus kan? Walau apa jua alasan datang atau muncul depan kita kan? Contohnya macam saya, sasaran saya masa depan adalah membawa keluarga saya ke syurga. Untuk membawa ke matlamat itu saya telah gariskan beberapa objektif. Antaranya, memberi didikan yang secukupnya dalam soal dunia dan akhirat kepada keluarga saya termasuklah jangan dalam soal menunjuk-nunjuk barang kemas kepada orang. Melampau tak sasaran saya.

Untuk pengetahuan kalian, sempena harijadi beliau, saya hadiahkannya infiniti kasih sayang yang diterjemahkan dalam bentuk gelang tangan emas. Sungguh!

No comments: