2.7.08

Kita : apa yang kita main (part iv)

Satu petang. Saya lihat anak jiran saya mau main di taman. Dia main gelungsur, buaian, jongkang-jongkit dan basikalnya. Sehinggalah leka dia bermain. Alpa menyaluti dirinya. Saya kira.

"Dah dah balik..!" Saya dengar bapak dia kata dalam Bahasa Cina.

"Tak nak balikkk!" dia balas.

"Hah ni lah bila dah main taknak balik! Asal dah main taknak balik. Dah balik tak nak main." Heh bapak dia marah dia bahasa Cina.

Lalu menarik tangan anaknya. Yang melalak-lalak terpekik terlolong tak nak balik. Sedu-sedan menangis. Saya menterjemahkan percakapannya saja. Ceng cong ceng cong. Itu yang saya dengar.

Budak-budak tak boleh dipaksa. Ada cara mahu memujuknya. Heh!

2 comments:

Anonymous said...

awak faham ker bahasa cine? mcm poyo jerk...hahahaha...

Danielle_Corleone said...

haha! saya rasa mesti saudara lakukan terjemahan situasi. kan?