4.7.08

Kita : apa yang kita pakai (part iv)

Aku tinjau-tinjau kereta kancil 650 kelabu yang di parkir di bahu jalan. Aku jengukkan kepala masuk ke dalam. Aik.. Apsal kereta ni tak kunci? Cermin tak tutup plak tu. Senang betul nak kena curi kalau gini! Bisik aku.

Aku cuba buka pintu kereta itu. Dengan niat mahu mengunci pintunya.

Pap! Bahu aku disapa. Aku toleh. Awak apahal? Nak curi kereta saya ye? Errr.. Tak encik. Habis?! Errr... ni kereta adik saya lah.

Aku beredar. Malas nak bertekak. Dalam aku beredar, sempat aku toleh nombor pendaftaran kereta itu. Heh! Patutlah. Kereta orang!
_____
Moral of the story :
Orang yang membuat suatu kesalahan dan berdusta untuk menutupnya bererti membuat dua kesalahan. Sibuk tanpa menyelesaikan sesuatu, adalah suatu cabang kesenian.

5 comments:

Perokok Soleh said...

salam...
ayat simple la...
memang atokk la,huhuhuhhu

rudy bluehikari said...

eheheheh..ingatkan betul2 nak merampok kancil...ekeke

tok, bening tuh feberet! penuh keshtn. aku selalu letak ikan bilis sekali. MSG aku tak letak langsung... main garam dan gula jer.sedap!!

tasekM said...

lain kali tgk no plat dulu bang.. hu hu...

Bila Diary Bercerita said...

teringat kes kawan saya yang salah masuk kereta. Ingatkan husband dia kat sebelah sekali pandang orang lain.... Masa tu kitaorang gelakkan dia sampai meleleh air mata....

Danielle_Corleone said...

dah bersalah mengaku jela ye tak. hehe