1.7.08

Kita : apa yang kita makan (part ix)

Kan saya dah janji mahu perturunkan menu sayur kobis masak bening. Ingat tak? Okey. Sesuai dengan zaman kenaikan harga minyak. Menu ini tak guna minyak langsung!

Menu ini disediakan untuk hidangan empat orang seeloknya. Dua dewasa. Dua kanak-kanak.

Bahannya : sebiji ubi kentang, separuh kobis, hirisan bawang putih dan hirisan bawang merah. Potong ubi kentang dan kobis ikut suka awak. Saya memilih untuk potong dadu bagi ubi kentang. Potong serong untuk kobis.



Jerang air dalam periuk. Tunggu sampai mendidih. Masukkan garam dan perasa yang dibenarkan secukup rasa.










Hirisan ubi kentang yang dipotong dadu. Masukkan ke dalam pinggan sebelum dimasukkan ke dalam air yang dijerang tadi. Untuk mengelakkan ubi kentang kotor.











Apabila air dah mendidih, bolehlah masukkan ubi kentang terlebih dahulu. Biarkan ia masak dan empuk terlebih dahulu. Bersama-sama hirisan bawang merag dan bawang putih tadi.









Sementara menunggu ubi kentang empuk. Takkanlah awak nak dok saja. Awak buatlah apa yang patut. Kerja tak datang cari kita. Kita datang cari kerja kan? Bagi saya, saya menyediakan pelengkap hidangan kepada menu ini iaitu air minuman. Maka saya mulakan dengan potongan buah limau nipis lah.






Hirisan buah limau nipis yang dipotong, diperah ke dalam bekas air. Perah sekuat hati dan seikhlasnya. Pilihlah bekas kaca seelok-eloknya. Kita boleh nampak. Lagipun ia telus! Kalau bekas tu jatuh pun, akan pecah berderai dan meninggalkan bunyi yang kuat. Barulah mencabar kan? Kemudian, masukkan sedikit air gula secukup rasa. Pemanis.








Campurkan ketulan ais. Ambil dari peti ais sendiri tau. Jika rumah awak masih tak ada peti ais. Sediakan saja air minuman itu suam-suam kuku.










Tuangkan air masak. Ya, pastikan air itu bebas dari sebarang kuman. Untuk mengelakkan sakit perut.











Siaplah air limau nipis ais sebagai pelengkap. Sangat menggiurkan. Nanti dulu! Jangan telan air liur sendiri.

















Oh ya. Takkan awak nak makan sayur saja-saja kan? Lainlah kalau awak vegetarian. Atau spesis herbivor.

Maka, belilah ikan bakar terubuk. Atau ikan bakar spesis lain. Ingat! Nak pergi kedai, jalan kaki atau naik basikal. Takyah masak. Tak berbaloi! Beli lagi berbaloi.






Kalau ikan tu dibeli. Pastikan awak minta air asam sebagai pencicah dan penyedap. Kalau masak sendiri nak kena buat air asam lagi. Kan leceh kan?










Hah, lupa plak tadi. Sebelum masak sayur kobis bening tu. Tanaklah nasi dulu ye... Nanti awak makan lauk saja.













Taraaa! hidangan dah siap. Sajikan ia di ruang makan rumah awak. Pasti menyelerakan. Bolehlah mulakan makan. Whoap whoap! baca doa dulu. Doa makan! Lebih manis lagi kalau makan bersama keluarga tercinta. Ketua keluarga yang baca. Atau didik dan pandu anak-anak baca doa makan.




See! Makanan dah licin. Tandanya hidangan ini sedap dan berkat. Atau memang awak jenis pelahap lainlah. Kemudian. Baca doa selepas makan.

Awak bolehlah cuba. Sangat menjimatkan minyak. Sekian. Menu saya kobis bening tanpa minyak langsung!


Muka awak akan bebas minyak. Tampak licin dah...


Keenakan makanan kita bukan terletak pada resepi yang panjang berjela. Tapi bahan yang berkualiti dan bersih yang kita gunakan. Sungguh!

6 comments:

tasekM said...

apsal ramai sgt yg post entri pasal makanan hr ni...

sungguh menggoda iman aku yg berpuasa hr ni..

hu hu

blackpurple @ jowopinter said...

Aku cadangkan kau buat daun so [daun belinjau] masak bening pulak. Pergh! Ngences!

OP Zaharin said...

wa licin betul kau makan tu

jagoan said...

tas,
makan untuk hidup!

bp,
nanti aku cuba. mesti mudah kan?

op,
tu tak licin. kalau licin xyah cuci pinggan.

l.i.f.e said...

lauk2 yg menarik
tapi lagi menarik pinggan2 tu semua...free kan? beli ubat gigi? :D

jagoan said...

life,
haha, kadang. pinggan lebih penting kan dari lauk.