23.7.08

Ketawa tak boleh dipaksa. Begitu juga Cinta.

Satu hari. Kami rakan sepengajian ingin bercuti di dalam negara. Jadi, ada usul mencadangkan supaya menyewa van sahaja. Jangan nak mengada-ngada membeli Mercedez pula. Atau membuat personal loan membeli Proton Perdana V6. Destinasi pilihan adalah ke air terjun terdekat saja. Berbanding ke Venezuela yang semata-mata di sana ada Miss Universe dan harga minyaknya yang murah giler. Entah siap yang suruh bandingkan dengan Venezuela, kurang periksa pula.

Maka, air terjun Kota Tinggi, Johor jadi pilihan. Selaku pemandu yang biasa dengan jenis kenderaan kuasa tinggi. Dan jalan yang berliku-liku. Aku dipertanggungjawabkan untuk memandu. Apa ada hal?! Setakat memandu. Tapi kalau ada apa-apa jangan salahkan aku.

Dalam perjalanan, salah sebuah van kami meter temperaturenya naik mendakak. Biasalah, van sewa kan. Lainlah kalau van kompeni. Sebagai pemandu yang mahir dalam hal sebegini, aku control macho. Ini masalah kecil dan simple. Aku pun cool je la.

Semua penumpang keluar dari perut van. Terkesima tak tahu apa nak buat. Yantzen sebagai pemandu van Rusa itu tanya kepada aku. Apa hal erk Tok meter temperature dia? Aku diam. Masih duduk di kerusi pemandu van ford yang satu lagi. Dia yang pandu, dia tanya aku pulak? Dalam hati aku.

Cuba try buka bonet. Kita tengok enjin. Ada masalah kot?.. Saripah bersuara dari belakang.

Aku rasa dia pakar dalam hal mekanikal enjin. Maklumlah, dia satu-satunya pelajar yang memakai kenderaan di kampus di kala itu. Zup..., terus dia ke depan menonjolkan diri. Biasalah, kalau tak menonjol tak nampak pulak. Menonjol baru orang tahu. Whop! Kita tinggalkan tonjol menonjol ni. Berbalik kepada van tadi.

Eh, mana enjin van ni. Kat depan takde. Aik..., kat belakang kot? Saripah kehairanan.

Barangkali dia ingat enjin van boleh disamakan dengan enjin Kancil 850.

Semua masih terkesima.

Aku masih control macho. Aku turun. Lalu. Aku dengan riak dan bangga terus buka dan melipat tempat duduk pemandu.

Kah kah kah... Kedengaran rakan-rakan lain ketawa mengekek. Dari belakang.

La.. Enjin kat bawah la woi... Ada suara kedengaran.

Aku seperti biasa tak ketawa. Serius berpanjangan. Aku bukannya suka ketawa sangat kalau tak perlu. Lebih-lebih hal sedih begini. Bala dan ujian begini mana boleh ketawa. Maka, aku jenguk enjin kat bawah tempat duduk pemandu.

Aku rasa, radiator kering dan gersang la ni.., takde air. Getus hati aku.

Aku sentuh penutup radiator. Urgh! Panas! Getus hati aku. Panas!

Tanpa berfikir panjang, aku ambil kain lap. Aku buka penutup radiator.

Bezzzzzzzzzz... chessseee!!!
Air radiator memancut keluar. Kah kah kah, aku ketawa.

Kemudian,

mereka mentertawakan aku. Kah kah kah... Murekekekeke!!! Kah kah... Ha ha ha....

Celaka! Getus hati aku.

____
Pengajaran : Untuk bercuti yang selesa sila guna kenderaan yang sesuai. Lebih elok beli Mercedez Benz E-Series. Jangan Sewa! Bukan mengada-ngada. Untuk selesa. Apa salahnya...

9 comments:

ladylikeme said...

moral of the story : lenkali periksa dulu kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan

pesanan ikhlas : ))

cikgooden said...

dah mula nak faham skit skit apa cerita hang:

moral of the story:
kalau tak pandai jgn berlagak pandai! macam sesetengah org!...

Anonymous said...

errr,
don't drink n drive.

kamar hati said...

hihihi....tu la...len kali peksa dl sebelum mulakan perjalanan tu...hihihi.... :)

Masy said...

kenapa gelak time air tu keluar? urat gelak lambat terima neuron kelakar kot ek.. hehehhe

tasekM said...

nasib baik tak kena muka air panas tu... kalau tak, kurang harga hantaran tu bang... ha ha...

jagoan said...

Keme,
T.Q. Dah periksa dah.

Den,
Iyela kot..

Chak,
Do's & Don't

Ti,
Dah periksa dah.

Masy,
Iyela agaknya

rah,
Kurang hantaran takpe. Jgn kurang asam! Haha

Danielle_Corleone said...

periksa kenderaan anda. jika letih berehatlah di kawasan hentian rehat yang disediakan. hehe. :p

jagoan said...

Leone,
Ni motto yang konvensional.
Cuba wat yg non-konvensional