1.8.08

Pendustaan terancang

Ini bukan sekual entri yang lepas-lepas. Juga bukan kesudahan entri untuk KamaRUDdin.

Kama selalunya menunggang motosikal Honda C70. Lampu bulat. Kaler kelabu. Buruk sikit. Tak buruk sangat. Satu hari. Kama baru habis kelas. Bersiulan ke tempat parkir motosikal. Baaaaanyak motosikal situ.

"Eh, eh, mana pulak motosikal aku?" Mata Kama mula melilau-lilau.

"Tadi letak sini..." Kama dah beberapa kali berulang-alik. Memeriksa.

Ya, motor Kama dah hilang. Begitulah kesimpulannya.

"Kama. Eh, Din! Eh, RUD! Eh, Muding! Kenapa balik jalan kaki?" tegur kawan serumahnya. Bingung nak panggil Kama ke Din ke Rud ke Muuding ke. Panggil Kula sajalah!

"Motor hilang beb. Kena rembat.!"

"Hait. Motor buruk sikit pun kena rembat ka? Ekekeke..." kawan serumahnya mempersendakan dia.

"Aku rasa, ia satu pencurian yang terancang..." Kama jawab.


Satu bulan kemudian. Motor Kama dijumpai. Tinggal bangkai. Rangka sedikit karat sahaja yang ada. Enjin. Karburator. Jantung. Semua dah lesap!

Malam itu, Kama baca Yaasin di biliknya. Solat hajat.

Kama kata, "kalau aku jumpa budak tu. Aku gigit dia! Lumat aku kerjakan.. Damn!"


Ya, Kama tak bohong! Tapi perkataan Damn Kama tak sebut. Kama sebut s**l!


Oh, aku rasa, Damn dan s**l adalah perkataan dusta. Satu pendustaan yang terancang. Hak hak hak... Lagi satu. LIWAT. Eh, ada ke Kama sebut?

8 comments:

kamar hati said...

uikssss....hilang???
semua nak dikebasnya...agaknya lepas ni semua akan dikebas org nampaknya, sekali ngan org2nya sekali...hahahah...

Anonymous said...

hahaha..pendustaan terancang yang hampir berjaya..:)

rudy bluehikari said...

sinis ah entry ni. eheheheeh. sekali tembak ramai yang kena tuh.

AL-BIMA SAKTI said...

kama terliwat amik moto buruk sikit dia tu kot. tu pasal moto tu kena liwat..oopp sori... kena rembat...

artsoul said...

die tak sebut lg liwat...die nak tersebut la tuhhh...

tasekM said...

sian muding

Anonymous said...

ahaks...terliwat tu pun terancang...

Danielle_Corleone said...

ini namanya tembakan rambang yang tepat! hehehe.