29.8.08

Makan nasi ambang lagi sedap menyambut ambang kemerdekaan sebelum datang bulan Ramadhan

Satu hari.

Saya dan awek saya jalan-jalan di pusat membeli-belah.
Di situ banyak sungguh jual bendera Malaysia.

Kemudian.
Awek saya capai satu bendera bersaiz kecil.

"Buat apa?" Saya tanya.

"Kan nak merdeka. Ingat nak kibar jalur gemilang kat rumah dan kat pejabat. Nak beli arr"

"Apa maknanya kibar bendera untuk MERDEKA. Dan tak memberi makna jika hati dan jiwa kita belum MERDEKA."

"Setahun sekali bang! Sekurang-kurang ada semangat patriotik!"

"Owh.. Berdiri di dataran. Berpelukan pakwe makwe. Lepas pesta, kondom berterabur disapu tukang sampah. Tukang sampah beritahu la... Kalau tak, tak tahu juga! Jangan jadikan sambutan MERDEKA lebih jijik dari sampah!"

"Apa kaitannya dengan nak kibar jalur gemilang bang?"

"Entah! Kah kah kah... Belilah!"

___
Saya bukan mahu menjajah pemikiran kalian. Cuma fikirkanlah! Malam-malam kemuncak detik jam dua belas malam. Kita disajikan dengan pemuda-pemudi yang terkinja-kinja sana-sini. Konsert di mana-mana. Konvoi di merata-rata. Cubalah pergi masjid solat hajat. Minta kemerdekaan fizikal, rohani dan mental. Apalah kiranya.

.

7 comments:

kamar hati said...

sokong 100%...tambah2 lg dengan kedatangan bulan ramadhan ni...lg bagus klau diisi dgn majlis2 agama... (",)

Brader Black said...

Tu kire merdeka la tu tok.

Merdeka buat dosa.

Kakak dia lah!

Adexx Boxx said...

salam'alaikum...

WAHHH AH TOK...
SAYA SANGAT SETUJU...
PATUT ADA PROGRAM TARBIAH PENUH KEINSAFAN DI SAAT MERDEKA MENJELANG
RAMADHAN MENDATANG....
JGN MERDEKA DUNIA, TERKURUNG NANTI DI NERAKA!!


P/S...KAMI DI KOTAK EMPAT SEGI ADA DI BERI PELUANG MENCERAP ANAK BULAN...JEMPUTAN KHAS KERAJAAN NEGERI..nanti di update kisahnya
:-)

salam merdeka,
marhaban ya ramadhan
salam untuk semua....

tasekM said...

dengar cerita tahun ni tak de mercun n bunga api... ha ha..

cikgooden said...

ya ka tasik?..aku dak berkira nak ke dataran...membawa segala asakar.
eh..silap umah..
sori TOK..

Meera Melati said...

kebetulan merdeka tahun ni dekat sgt ngan bulan Ramadhan... meh la kita baca yassin, bertahlil dan berdoa ramai2... semoga negara kita dilimpahi rahmat dan dijauhi malapetaka...

selamat berpuasa...
ampun maaf dipinta...

salam MERDEKA!!!

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak, selamat berpuasa.

:-)