15.8.08

Malam yang masam-masam manis

Satu malam, saya sedang makan malam. Bersendiri kerana awek saya sibuk dengan urusan duniawi di dapur.

Dalam pinggan yang lain ada kicap. Makan bersama ikan kembung kukus. Nasi juga nasi kukus. Pendek kata, semuanya kukus.

Datang si kecil Afifah Mahirah menggolekkan buah oren.
Buah oren yang satu lagi sudah dikupas. Rasanya masam.

Kemudian.
Ia masuk betul-betul dalam pinggan kicap.
"Ermmm... Sabar je la..," getus hati saya.

Afifah Mahirah ketawa kecil. Hik hik hik...
Mengukir senyum.

Saya membatalkan niat mahu mengherdiknya.

Dalam hati saya ketawa kecil. Ada ledakan bunga api tidak berbunyi tapi berwarna-warni.

Dan bunga-bunga cinta.

"Fifa... Kalau nak main boling bukan kat sini. U get what I mean?" Saya kata pada dia.

Kemudian.
Patutkah saya jawab sosej koktel itu dibeli dari kedai motor apabila ditanya oleh Afiqah Afarah.

Selanjutnya. Dia dah tahu jawapan yang saya beri. Kemudian. Fiqa berkata,

"Apelah... Beli sosej kat kedai motor. Mana ade...?"

Suka saya dengar dia sebut sosej. Bunyi Sho shej.

9 comments:

tasekM said...

bila teringatkan kehantuan kita masa kecik2 dulu rasa tak sampai hati kan nak marah anak2...

cikgooden said...

anak...sayang la...ingatlah balik jerih perih kita dulu masa proseh dia...(hik hik..teruk kan?)

Meera Melati said...

nak tumpang gelak...
bila baca komen cikgoden... muahahaha
ops! totop molot....

Anonymous said...

emm adik aku pun activ tapi bila dah marah xreti bahasa. tapi bila dah tidor baru rasa menyesal

Anonymous said...

hehe..best kan ade anak.bleh sembang².tutur katanya setiasa membuatkan kita ketawa.

bluecherry @ fai said...

he he, sungguh comel..

Anak2 nih pengubat dan penjana ketawa..

l.i.f.e said...

girls are sweet..ah! jeles ni...

Danielle_Corleone said...

hahaha! buah oren berkicap-kicap. :-P

jagoan said...

rah,
sedih saya. sob seb

den,
ia saya bayangkan

meera,
syyy.. sini library

generasi,
dia tidur tak bangun lagi ke?

penyubiru,
tul tu...

cherry,
ubat kita semasa luka

life,
usaha tangga kejayaan!

leone,
kicap ke kacip :D