18.8.08

Kumbang di padang pasir

Saya melakar rajah atau gambarajah carta alir lebih tepatnya. Bagaimana gerak kerja kita untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya untuk projek studio. Dalam Bahasa Melayu.

Maka, di depan. Saya conteng di papan hijau. Modus operandinya. Ada kotak-kotak yang berkait di antara satu sama lain ibarat satu proses dalam pelbagai peringkat. Ditunjukkan dengan perkaitan anak panah. Ada juga anak panah yang putus-putus. Tertulis tempoh masa.

Berdasarkan penerangan ketua studio dalam Bahasa Melayu dan saya selaku timbalannya menterjemahkannya di papan hijau. Di depan. Saya lihat tiada seorang pun budak Melayu yang mencatat baik apa yang dicakap atau apa yang dicatat. Sama ada yang pandai atau yang kurang pandai. Duduk melongo saje-saje. Hanya mendengar dengan kedua cuping telinga. Konon-kononlah kepala hotak genius.

Sedangkan, beberapa pelajar Cina mencatat walaupun mereka dah pandai. Berbeza kan? Bukan saya nak kutuk pelajar Melayu malas dan bodoh sombong. Ia berbalik kepada soal sikap. Itulah hakikatnya. Ermm, waktu itu saya tak mengaku saya budak Melayu.

Saya cakap dalam hati saya. Saya budak Jawanese kacuk Boyanese. Haha!

Kita sangat risau kumbang boleh hidup di padang pasir atau tidak. Dan kita sibuk mencari kumbang dalam kiambang. Apa maksudnya? Maksudnya lebih kurang beginilah kalau tak faham, maknanya ada kebengapan. Kamu mahu melihat anak itik mati di kolam?

Berbalik kepada mauduk asal. Adakah dengan penggunaan Bahasa Inggeris (B.I) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, prestasi B.I pelajar meningkat? Bukankah lebih baik memperkukuhkan mata pelajaran B.I itu terlebih dahulu. Saya kira, itu yang lebih mustahak.

Sudahlah dia tercicir dalam B.I. Kemudian, Sains dan Matematik pula. Sehingga kini, tiada kajian terperinci dijalankan mengenai perkara ini.

Okey, kita ambil contoh ni. Seseorang yang mahir dalam ilmu ICT misalnya, tak semestinya dia patut belajar Bahasa Inggeris sampai khatam terlebih dahulu. Baharulah dia akan mahir dalam ICT, begitu? Hanya kerana dunia ICT kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris. Sesungguhnya, ia dua perkara yang berbeza.

Seseorang yang berhabuk dan pandai berkomunikasi Bahasa Inggeris tapi sepatah haram tak tahu langsung meneroka dunia ICT. Apa kes pulak? So so so..., korelasi dua pemboleh ubah ini sangat lemah!

KPM, sila maklumkan statistik prestasi peningkatan penggunaan B.I dalam Sains dan Matematik. Dan adakah B.I dapat dipertingkatkan? Kajilah sedalam-dalamnya, jangan jadi seperti kerbau dicucuk hidung.

Selepas sekian lama Bahasa Melayu memandaikan semua rakyat. Kini, Bahasa Inggeris menggantikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.
~ Prof. Emiritus Dr. Abdullah Hassan. ~

Lu fikirkanlah untuk gua!

___
Saya main-main pun boleh dapat pingat PERAK Olimpik Beijing!
~ Lee Chong Wei ~

1 comment:

cikgooden said...

.
tahun 2010...semua bahasa pengantar untuk Sains dan maths akan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya..



sekian,
harap maklum
.