8.8.08

Dail *100# & pilih 'Perkhidmatan', kemudian 'Sukan Beijing'

Dalam satu mesyuarat yang panjang. Errr, pendek sepatutnya.

Sebelum habis mesyuarat tu kami dah tempah meja makan. Dan sistem layan diri. Untuk ahli mesyuarat tingkaplah kononnya. Tinggal ambil, duduk, makan. Tak payah bayar. Bos bayar! Tak kiralah kau on diet ka, jaga makan ka, puasa ka, hanya makan saja tanpa hadir mesyuarat ka. Bos dah belanja, bedal je la...


Sedang kami ambil makanan. Ada orang kulit gelap gelita dok situ makan. Duduk kat tengah meja yang disusun panjang. Oh ya, lupa pula mahu memaklumkan. Ahli mesyuarat tingkap tadi membincangkan isu politik yang terdiri daripada beberapa parti pencadang dan pembangkang. AMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, BEBAS dan sebaginya. Di pejabat kami. Patutlah ada wakil MIC.

Apa?!!!

Pejabat kita jadi bilik gerakan...? Arrrghh.. Tidak!
Komen tuan mengenai apa lojiknya Bahagian A dan Bahagian B laporan ini, saya terkesima mahu menjawab. Nasib baik bos dah pandai selok-belok lalu berkata 'saya putar Halim!'

Damn! Siapa kata. Hanya dengan menyusun meja berbentuk U dan menampal skrin layar putih untuk pemancar projektor LCD dituduh begitu. Dituduh menjadi bilik gerakan. Owh tidak...!

Maka, Menteri Perdana mengarahkan semua rakyat Malaya perlu melupakan dakwaan terhadap Anwar, kita kena fokus pingat emas di Sukan Olimpik Beijing. "Ini bukan arahan! Ini perbincangan." Kata pengerusi mesyuarat tingkap memulakan bicara.

Nampak tak mesej yang saya mahu sampaikan?
Dail *100# & pilih 'Perkhidmatan', kemudian 'Sukan Beijing'

6 comments:

Unknown said...

betul. lupakan politik.
sekarang ni kita semua mesti fokus olimpik. terutamanya acara renang. hehe..

cikgooden said...

sekali lagi,, mimpi 4 tahun dulu berulang kembali....masih lagi mengejar mimmpi..
selamat berjuang atlit negara!

Danielle_Corleone said...

hahah. btul2 saya stuju.

jagoan said...

bu,
betul betul. aku suka gak renang kuak kupu-kupu tu

den,
slogan tu kena laung kat stadium sarang burung

leone,
sila angguk jika setuju. hehe

Anonymous said...

жуткое порно фото
транссексуалы секс
российский секс чат
секс лосино петровск
секс туризм свинг отель

Anonymous said...

Aha, so too it seemed to me.