26.8.08

Sukan bola tampar boleh tanduk dengan kepala

Saya masih tak faham kenapa ada acara-acara sukan terpaksa memakai baju yang ketat-ketat, seluar kecil yang sendat-sendat atau memperagakan fesyen separa bogel. Nampak lurah dan garis-garis halus yang memberahikan. Kalau masih zaman batu primitif okeylah. Sekarang dunia dah maju, zaman dah berubah. Fesyen sukan juga harus berubah.

Sebab itu, sesetengah peminat sukan, suka menonton sukan bukan kerana minat kepada sukan itu tapi kerana cara atlet itu berpakaian yang lebih mengghairahkan. Lebih-lebih lagi atlet wanita.

"Asyik tengok sukan* ni je dua tiga kali... Sukalah tu.."

Seorang perenang wanita barulah hebat kalau dia berenang memakai baju kurung kedah misalnya. Dan menutup kepala menggunakan tudung yang dipintal-pintal di bahagian depan. Mengenakan brooch di depan atau di atas bahu. Lebih-lebih lagi brooch mutiara dari Sabah yang original.

Perenang lelaki pula memakai pakaian jalur-jalur menegak lengan panjang, bertali leher seperti mahu ke pejabat. Baju tak berseterika pun tak apa. Asalkan pakai stoking selain warna putih. Barulah dikira hebat. Hebat di kolam renang kalau menang.

*Sukan ni yang dimaksudkan ialah sukan bola tampar pantai (wanita).

*****

Tahun 1992.

Sukan Malaysia ke empat (SUKMA IV). Giliran Johor menjadi tuan rumah.
Semua murid sekolah menengah. Seluruh Daerah Johor Bahru. Dikerah menyertai Sukma IV. Untuk menjayakan penciptaan logo gergasi bergerak. Logo SUKMA dan Logo Harimau. Dan pertunjukan gimrama ringan-ringan. Pada acara pembukaan nanti. Di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos.

Tiga bulan kami banyak skip kelas. Asyik dok berlatih je. Takde latihan pun kami skip kelas. Ha ha!

Kami dibekalkan gegelung rotan, track suit satu set, sarung tangan, sarung kaki, kasut dan topi. Ada yang dapat warna kuning, merah, putih dan biru. Dapat makan dan minum percuma. Dapat tengok awek percuma. Sudah cukup menggembirakan kami. Oh ya, tidak semua yang terpilih dalam pertunjukan gimrama ringan-ringan ni. Siapa yang terpilih tu kira bertuah lah.

Terlalu gemuk tidak terpilih.
Terlalu pendek pun tidak terpilih.

Kawan saya. Rozam. Pendek. Tidak terpilih. Tapi dipilih menjadi maskot harimau.
Kawan saya. Shahrul. Gemuk. Tidak terpilih. Tapi dipilih menjadi tukang bancuh air. Alahai. Suka giler mereka. Tak payah nak terkinja-kinja hafal step dan pergerakan lompat bintang. Yang mencarut-carut tu.

Tapi, yang mustahak dapat sijil. Mereka suka. Dan rasa tak menyesal.

Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim mengucapkan terima kasih kepada Sipulan Bin Sipulan - gimrama

di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan kerana menjayakan Sukan Malaysia ke IV.
Kau tenung perkataan perkhidmatan cemerlang. Aku tak tahulah sama ada Rozam dan Shahrul dapat sijil itu. Kalau dapat pun barangkali ada tertulis 'maskot' dan 'tukang bancuh air' masing-masing. Bukan senang nak dapat.

Kita patut rasa bangga! Tak kiralah apa. Janji kita ada sumbangan pada negara.

.

11 comments:

Anonymous said...

hahaha, lawak pakaian sukan kau.. siap ada brooch ye? buleh mencederakan tu. kenapa tak pakai headgear minangkabau sekali? haha

Brader Black said...

Hoh,
aku tgh bayangkan Michael Phelps pecahkan rekod dunia kat kolam renang dengan memakai baju melayu teluk belanga.


Wey Tok,
mural-mural rimau SUKMA Johor ade lagi kat dinding2 satdium ni. Tiap2 ari aku dtg mengadap.

cikgooden said...

tengah mebayangkan..acara angkat berat lelaki.(atlit berbaju melayu..lengkap bersamping)




.Buruk beno , Tok!



.

kamar hati said...

sumbang ke???

Anonymous said...

bagusnya..sopan santun amalan mulia... tapi sesuai ker?tengah bayangkan pelari pecut wanita pakai kebaya nyonya.....

Adexx Boxx said...

hahahaha....
klu smua sukan dunia kita pakai baju kurung, kebaya nyonya, kebarung, baju teluk belanga... apa kata kita tukaq

main congkak dan batu selambut pakat bikini...wahhh....

tasekM said...

tok, kalau acara renang pakai baju kurung kedah lagi la ramai peminat... sekali kuak terangkat habih baju tu... kenyang.. kenyang.. ha ha.

dugongsenyum said...

Terjun papan anjal pakai batik. Batik sahaja. Orang masuk air, batik terapung-apung. Peha menggebu-gebu hahahahaha

Lily Abdullah said...

Itulah, insan-insan di belakang tabir selalu dilupakan.

Masy said...

hahahaha siap berbrooch bagai. nanti kang sume pakat compare brooch sape lg mahal sementara nunggu nk bersukan. hehehe

Eija @ Purple28 said...

mmm memang kenangan...saya pun terlibat masa tuh...ada tak video pasal gimrama tuh....nak sangat tengok balik