20.8.08

Awan yang terpilu

Seperti malam-malam yang aku suka. Kala jam tiga atau empat pagi, kalau si cilik terjaga, aku pasang niat membancuh minuman kegemaran untuk mereka. Ya, niat aku begitu. Tapi, kau faham-faham ajelah. Aku seorang yang obses tidur mampos! Lagi pula, Afiqah Afarah lebih gemar mengejutkan ibunya berbanding ayahnya kalau nak minum pagi-pagi buta. Alahai...

Kalau datang hanginnya satu badan. Seboleh-boleh dia mahu menerima dari tangan bondanya sekalipun ayahandanya dah siap-siap menbancuh untuknya. Strateginya mudah. Dah siap bancuh, bagi pada tangan si bonda. Alahai... Bukan anak bapak!

Berbeza sangat dengan Afifah Mahirah. Dengan sesiapa pun dia tak kisah! Biasalah, pembawaan budak tak sama. Ada budak masa kecil lagi dah kena chicken pox. Ada budak tunggu dah tua, baru kena.

Satu malam, aku syak si Afiqah Afarah mengejutkan bondanya yang tak berapa sihat. Berat kepala. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Belum kebah dari demam. Berbaring di katil dah dua hari dua malam. Terlentang. Seluruh badannya panas empat puluh darjah celsius. Kakinya kejap sejuk kejap panas. Dua hari sebelum, sudah dimasukkan ke wad sepetang lamanya. Badan dimasukkan air. Doktor memasang syak kena denggi. Namun, setelah diperiksa darahnya okey okey saja. Ekoran dari itu, badannya menjadi lemah.

Air Cap Badak dah nak habis dua dozen.
Air 100 Plus dah berbotol-botol mengalahkan atlet Olimpik.
Demam-dema begitu. Tinggi pula seleranya. Nak yang berperisa oren. Ceh!
Arrgghh!! Itu semua tak mujarab! Sup ketam lebih baik untuk persediaan Olimpik!

Maka, si ibu tetap gagahi untuk membancuh milo untuk si Afiqah. Minuman kegemaran dia. Aku fikir dah berbotol-botol dia pekena milo sedari pagi tadi sampai ke malam. Kalau masuk acara lumba lari 100m kategori kanak-kanak, menang punyalah!

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu bunyi gedebuk di ruang dapur. Sedang aku enak-enak bermimpi bertanding dalam sukan Olimpik acara gimrama artisitik barangkali. Dan bunyi lain mengiringi kejatuhan itu.

Aku yang obses tidur mampos, bingkas bangun. Mimpi termati. Alahai, aku lihat awek aku sudah jatuh terduduk. Dan bekas berisi air masak bergelandangan di lantai. Air melimpah ruah. Habis. Tidak...! Aku tidak menjerit Tidaaaak!!. Aku cool je.

Aku terus memapah awek aku. Dengan penuh rasa bersalah. Dan membawanya semula di pembaringan. Untuk dia meneruskan mimpinya dalam kebasahan. Kedengaran dari mulutnya perkataan 'takkk laraaaattt'. Aku syak tangannya menggigil ketika mahu menuang air ke botol Fiqa. Kakinya yang menggelatar tak upaya mahu menampung berat badannya mengakibatkan dia jatuh. Itu teori kinetik jirim melawan tarikan graviti aku.

Kemudian. Aku mengambil alih membancuh milo untuk diberi kepada Fiqa. Doalah suatu hari nanti dia menjadi atlet pertama untuk merangkul pingat emas untuk Malaysia. Ada masa dua puluh tahun aku perlu latih dia. Dan bagi minum milo. Ingat, Milo O tau!

Aku mengelap air yang tumpah di lantai dapur. Kebasahan. Khuatir kalau-kalau makhluk lain pula terjatuh nanti. Aku terus mengelap. Dan mengelap. Dan aku mengelap air mata yang bergenangan di pipi. Bagai ada kaca di mata. Lalu kuusap. Tahi mata terikut pula. Kesyahduan melanda. Kira-kira jam empat pagi. Barangkali embun jantan juga turut pilu. Sempat kulihat awan yang terpilu dari celahan tingkap. Pagi itu.

Kemudian. Perutku terasa lapar pula. Menjenguk periuk nasi. Oh, lupa pula. Petang tadi sudahku rendam dengan air. Alahai, sekeras-keras kerak nasi, kena air lembut juga, getus hati kecilku.


.

7 comments:

Anonymous said...

semoga semuanya selamat... dan Fiqa berjaya membawa pulang emas olimpik untuk Malaysia.. :)

Brader Black said...

Perghh..
Memang terpilu la tok.
Aku yang belom kawin ni pon rase terpilu gak.

Anonymous said...

isk..tak tau nak kata apa...terkesima!!! rasa cam nak nanges pon ade...erm..

Lily Abdullah said...

Ye.ye..pilu. Kak Lily baca dengan mata berkaca-kaca.

Terkenang bagaimana susah ibu membesarkan kita. (Bapa juga.walau obses tidur, tapi keluar mencari rezeki, sanggup dijerkah boss demi untuk anak-anak)

Dah tua2 ni baru terfikir.

cikgooden said...

ya..aku dah agak.kau sedang berlari 100M di trek 'kekalutan'. sabo ja la Tok.

Meera Melati said...

kesiannya...

semoga cepat sembuh!

rudy bluehikari said...

pengorbanan ibu tiada taranya, tatkala sang suami tidor dia gagahkan diri menjamu anaknya.

terinsaf lah pulak aku ni!