11.8.08

Ketam masak lemak cili padi dua marhalah

Zaman-zaman aku menunggang motosikal dulu. Jejaklah dua ratus kali aku membuat perjalanan jauh melebihi dua marhalah.

Kali yang ke seratus sembilan puluh sembilan. Aku menunggang motor dari Johor Bahru ke Mersing. Menuju ke Endau.

Sampai ke KM89, motosikal aku pancit dan bocor. Menolak le ke bengkel. Alahai...

Penat sungguh. Tapi aku berupaya membakar kalori dan berjaya menurunkan berat badan. Dengan hanya melakukan aktiviti itu.

Dua bulan sebelum ke Taman Negara, aku rajin melakukan senaman. Badan aku jadi fit. Bentuk badan jadi cantik. Aku sihat.

Dulu, aku bejalan kaki ke Masjid. Sepanjang perjalanan ke Masjid Malaikat memayungkannya (mungkin). Segala otot dan nadi berfungsi dengan baik. Tak pancit!

Kini, berjalan kaki ke Masjid tak sampai dua marhalah pun dah pancit. Adoi yaiii... Kawan aku pesan, kalau nak kurang berat badan, sarapan jangan tingggal telor.

"Memanglah sarapan tak boleh tinggal telor. Haha!" Aku jawab.

Jadi, aku nak kongsi petua mengurangkan berat badan ni.
"Ambil akar daun pandan sambil selawat 3 kali. Rebus dengan dua gelas air, jadikan satu gelas dan minum bila suam. Lakukan dua kali seminggu selepas makan. Dalam beberapa hari berikut anda akan kerap buang air bagi membuang lemak. Insyaallah cuba la....."
Tiada akar daun pandan akar rotan pun berguna! Hahaha!

____
Lawatan sambil belajar lalu kau boleh memenangi hadiah pertandingan selepas berjaya mengurangkan berat badan dalam tempoh tiga bulan. Yeay!
Tips percepat bakar kalori.
Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda
Pesanan set pelangsingan lengkap
Epal mampu susutkan lemak
Merancang menu

7 comments:

cikgooden said...

jangan la turun berat badan....boncit tu macho, bro!

Brader Black said...

Tok,
makan julap kan bleh gak. Malah lebih efektif dan menderita.

kamar hati said...

uikssss...sesi menurunkan berat badan eek...leh caya ke???hihiihih...

blackpurple @ jowopinter said...

Kekalkan berat badan sekarang pun tak apa tok, tapi kenalah tukar 'keberatan' lemak itu kepada otot... :D

tasekM said...

mmg sukar utk berbicara ttg telur dgn seorg lelaki... haih~

:p

Dare To Dream said...

betul ke?
akar daun pandan?
tak beracun ke?

jagoan said...

Den,
okla okla.

Suparjo,
Julap cap naga besh kan

Ti,
Percaya pada diri sendiri.

JP,
Otot saya byk putus dah

rah,
tak sukar. tgk keadaan saja. takpun tgk telur.

tassy,
daun pandan spesis tak beracun cikgu saya bgtau