15.12.06

Kedengaran bunyi menakutkan di bawah kereta.

Kau pernah dengar atau terbaca cerita ini. Begini...
Ada sebuah kereta meluncur pada tengah-tengah malam buta. Gelap-gelita. Lalu, kereta itu terbabas kemalangan masuk ke gaung yang sungguh mengerikan. Naik bulu roma tengkuk aku. Sebabnya, hanya kerana pemandunya jadi gabra dan kaget hanya kerana ada bunyi yang menakutkan berlaku di bawah kereta sedang ia memandu.
Ngeri bercampur seram aku dengar. Naik lagi bulu hidung aku. Seram sejuk dibuatnya.
Kejadian yang serupa menimpa ke atas aku (sebagai pemandu) dan kereta aku. Lagi bertambah seram jika diri kita sendiri yang mengalaminya. Tapi, yang pelikya kejadian ini berlaku pada tengah-tengahari buta. Di siang hari yang panas terik mentari. Sedang memandu dengan kadar yang sederhana ala-ala ronda-ronda makan angin, ada satu bunyi datang dari bawah kereta aku. Ibarat bunyi satu heretan diselangi ketukan besi menghentam besi lagaknya. Menyucuk-nyucuk bunyinya. Agak kuat juga. Nak kata aku langgar kucing hitam, tak ada bangkainya di tengah jalan, setelah aku lihat cermin belakang. Aku pasti, aku tak melanggar apa-apa makhluk lalu makhluk itu tersangkut di bawah kereta. Takkanlah kau tak nampak di siang hari. Tidak.

Aku pasti, aku tidak melanggar sebarang objek. Tiada pula bau yang menimbulkan syak dan ragu-ragu menusuk ke hidungku. Lalu, aku memperlahankan kenderaan dan menutup radio kereta. Aku dengar bunyi itu betul-betul dengan teliti. Dengar dengan menggunakan kedua-dua cuping telinga aku yang normal.
Berhenti. Tepi jalan.
Aku mahu menyelinap masuk dan memeriksa bawah kereta itu. Kau bayangkan! Memang susah kau nak lihat kan? Peluh keringat mula membasahi seluruh tubuhku. Kali ini bukan seram sejuk lagi. Hangat dan hangit menyelubungiku. Aku rasa, mahu saja aku terbalikkan kereta itu untuk melihat di bahagian bawahnya. Aku tak berdaya nak menterbalikkan kereta itu. Aku khuatir juga kalau-kalau ada mayat tersangkut.

Tapi...Di tayar juga, tiada apa-apa kesan darah atau tulang-belulang yang sangkut atau yang sudah hancur dilenyek. Cuma yang ada tempelan tahi kucing yang sudah kering. Tak guna punya kucing! Berak merata. Salah kucing lagi...
Ada apa agaknya di bawah kereta itu? Lalu aku jadi takut pada kereta sendiri. Sebaliknya, kereta aku tak pernah takut pada aku. Masa itu, aku rasa keringat yang mencurah adalah keringat debaran yang terasa keseramannya. Meremang bulu roma.

Walhal, aku rasa telur aku tak mengecut. Masih segar dan kental. Itu menandakan aku tak kecut! Namun aku rasa pundi kencing aku dah penuh.

Aku pun manahan teksi. Dan aku menaiki teksi pulang ke rumah.


Huh! Hari itu, aku malas mahu memandu sendiri. Apatah lagi dalam keadaan yang mengantukkan ketika sang mentari memancarkan cahayanya ke bumi. Biar lori tunda yang bawa. Aku mahu juga merasa kenikmatan sebagai penumpang. Kah kah kah.


.

No comments: