18.12.06

Bukan Kupinta (part VII)

Seminggu selepas perlawanan akhir itu, cikgu Rahman memanggil empat nama. Aku, salah seorang darinya. Empat nama ini dipilih mewakili peringkat daerah. Daerah Johor Bahru. Manjalani latihan siang-malam-pagi-petang. Silih berganti. Wakil dari sekolah lain pun ada. Hari pertama aku begitu teruja untuk menjalani latihan. Maklumlah nak mewakili pasukan di peringkat daerah. Manakala hari yang kedua. Aku pasrah. Cikgu Rahman memanggil aku.
"Dean, ini bukan kehendak saya. Awak tidak dibenarkan mewakili peringkat daerah."
"Cikgu Rahman terus menyampaikan saja tanpa berselindung.""Kenapa cikgu? Kenapa? Kenapa?""Sebab status awak. Ni hah. Awak orang halimunan kan?""Aku diam dan tunduk membisu."
"Tak apa. Awak cuma tak dibenarkan bermain dan turut serta. Kalau awak nak saksikan perlawanan masih boleh. Errr. Jangan putus asa. Ujar cikgu Rahman sambil menepuk belakang aku. Deras juga tepukan dia tu."

Diri ini pulang dengan diselubungi perasaan yang kecewa. Perkara yang berlaku pagi tadi di sekolah, mengganggu emosi aku seharian. Entah kenapa. Ada saja yang tak kena. Serba tak kena. Perkara ini aku belum sampaikan pada keluarga. Rasanya tak payah. Ermmmph.. Nanti apa pula kata keluarga erk. Membelangkangkan mereka pula. Tak apalah aku akan beritahu nanti. Satu masa yang aku fikirkan sesuai. Satu masa yang aku rasa patut. Pernah aku menolak tawaran mewakili sekolah untuk pertandingan melukis. Aku kata pada cikgu bakat yang aku ada tak ke mana kerana saya sekadar menumpang di sudut yang kecil di sini. Bapak presiden tidak mahu menerima saya. Pak Menteri di sini pun begitu.
"Tapi aku tengok lukisan aku bukanlah cantik sangat. Bukanlah seni sangat. Biasa-biasa aja." "Entah kenapa dia pilih aku. Naik hairan aku. Aku hairan naik. Mungkin seni bagi dia."


Pertandingan mengaji pun begitu. Maksud aku tilawah al-Quran. Mentang-mentanglah aku pandai dan lancar mengaji. Pandai pulak tajwid. Masa kecil aku belajar mengaji dengan pakcik aku. Garang bukan kepalang. Tak lepas rotan di tangan. Sebab tu cepat pandai. Cepat khatam. Ustazah Maria pilih aku wakil sekolah. Ishhh. Tak ada calon lain ke ustzah? Muka saya kan tak hensem! Kalau aku masuk pun tak ke mana wahai ustazah. Bakat aku di takuk itu saja. Sebab aku punya halangan yang besar. Halangan perundingan dalam dunia yang berbeza. Tapi mengenangkan cikgu agama. Ustazah Maria tu betul-betul mengharapkan aku. Maka, akulah juga kena harumkan nama sekolah. Nak diharapkan siapa lagi. Tak lain tak bukanlah. Aku jugak. Tapi... Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Susah nanti. Susah!



Walaupun cikgu Rahman mempelawa aku untuk melihat pertandingan perlawanan itu, namun aku menolak. Bukan aku merajuk. Tapi aku pergi membawa diri. Hati ini sudah terguris cikgu. Hati ini sudah mentah. Terasa hati dibuatnya. Biarlah aku bersendiri. Carilah pengganti orang peribumi yang lebih layak untuk menggantikan tempatku ini.

"Buat apa nak tengok. Dah tak berhasil dah. Tahi kucing betul." Dalam hati aku yang terguris.


Air mataku mula mahu bergelinangan. Keluar kaca-kaca. Tipu kalau tak tersentuh. Terasa macam ada paku menucuk kornea mata. Lalu aku beredar. Bukannya apa. Aku tak sanggup mendengar keputusan ini. Telinga aku dapat terima tapi hati aku sebaliknya. Wooh... Aku kena terima hakikat ini.

Sepanjang berada di sekolah aku kawal perasaan dan mental ini dari dikacau-ganggu perkara tadi. Biarlah aku rahsiakan semua ini dari pengetahuan rakan-rakan sekolahku yang lain. Biarlah rahsia. Tak mahu buka pekong di dada. Huh, lagipun dada aku tak ada pekong kan? Aku juga malu sebenarnya. Bukan malu apa. Malu pada negara yang aku tumpang selama ini. Negara yang aku nyanyikan lagunya setiap pagi Isnin perhimpunan sekolah. Juga aku pimpin membaca doa sebelum memulakan perhimpunan pagi. Tidak mengiktiraf kebolehan dan bakat aku. Tak boleh bagi lampu hijau dalam banyak hal dan banyak segi. Lantas, diri aku juga di sisihkan. Siapalah aku ini...

Cikgu mendesak aku juga untuk mewakili sekolah. Kekadang cikgu ni keras kepala juga. Dia kata tak ada calon lain. Alasan!"Awak calon yang paling layak."

.

1 comment:

Anonymous said...

wei tok aku tau sikit2 pasal origin parents ko..tak sangka pulak effect dia sampai cam ni..abis pe citer sekarang?